tq.... sudi klik ^_*

"Terima Kasih Sudi Jengah Blog Saya"

Tujuan blog ini di tuliskan adalah untuk merekodkan segala kenangan terindah dalam meniti kehidupan harian.... Kisah suka, duka, pahit, manis silih berganti membuatkan saya menjadi seorang yang tabah, cekal dengan semua ujian Allah S.W.T

Sebagai manusia yang tidak sempurna, MAAF di pohon andai tulisan/luahan/bicara saya menyentuh perasaan.

mencari hadiah utk insan tersayang.... klik sini utk surprisekan mereka

teRimA kaSiH kaWan-KawAN ^ __ ^

Salam, Tinggalkan LiNk anda utk sy TerjaH seMuLa ^ __ ^

so sweet ^ __ *

Wednesday, 4 May 2011

Day 2 @ Sabah

salam bismillah,

Day 1 @ Sabah check-in at Lohan Rest House nie jam 6.30 petang..... minta diskaun dgn tuan punya Rest House... alhamdullilah dapat :) dan dapat juga checkout lambat dalam kul 3.00 ptg hihihihihi... byk untung ini olang :)

aktiviti kami di hari ke 2 ialah.... pagi2 kul 9pagi kami membawa diri ke Poring Hot Spring, Ranau. sesampai kami tak terus mandi tau... pusing2 dlm tu then kitaorg decide nak masuk hutan dulu, konon aktiviti lasak ler... tp memang mencabar n menguji ketahanan diri, kalo sesajer saya nak buat kat semenanjung nie sy rasa tak buat kot kami merasa naik jambatan gantung yg panjangnya lebih kurang 500meter ketinggian sy x sure tp memang gayat sesgt farisya siap nangis selepas 200m perjalanan hingga ke akhir titian hihihihi gerun, puas hati, penat tapi best sesangat, mcm nak pergi lagi, tapi planning hubby 2014 baru flying lagi. InsyAllah moga termakbul impian kami :) 

on the way nak ke jambatan kami lalui jalan yg agak mencabar naik bukit dgn berdukung qiera dan sy ber 'sandal' yer nasib x tergeliat kaki nie.... then kami merelax kan diri dgn mandi pool n kolam air panas... lama gak kami di situ smpai kul 1ptg... anak2 memang suka berendam...

lepas check out... kami meneruskan perjalanan pulang ke KK, on the way perjalanan kami singgah ke Desa Dairy Farm. ini memang tempat tempat yg ada dlm list holiday saya. nasib jumpa tempat nie rasa lengkap cuti2 nie.... kat sini ala-ala mcm New Zealand, ada byk lembu2 n pemandangan yg cantik n dapat merasa susu segar dari ladang dan kali ke 2 kami singgah ke Kinabalu Park.... Kali nie kami sampai ke kaki bukit Gunung Kinabalu :) Nak bergambar time tu hujan daaa... so x byk kenangan terindah yg dpt di ambil huhuhu nampaknya kena repeat lagi nie hihihihihihi

van yang byk berjasa membawa kami selama 6 hari di Sabah

di Poring Hot Spring 

jambatan gantung.... paling best n mencabar minda 

selepas penat mandi-manda.... kita posing dulu... ini lah aksi puteri bila time ngam hihihihi

selepas mandi-manda, balik check-out rest house.... balik semula ke KK... 
on the way back singgah Desa Dairy Farm

antara my feveret pic ^_^

picture ini juga

 bergambar di depan kilang susu di Desa Dairy Farm.... 
sedap susunya.... segar dari ladang

naik sekali lagi ke KK Park n terus ke kaki gunung....
perjalanan agak mencabar kerana time tu hari hujan dan jalan licin...
gerun juga.... teringat peristiwa di CH huhuhuhu

sampai ke KK dalam kul 7.00mlm, check in Promenade Apartment then x keluar2 dah hihihihi
penat seharian perjalanan dari ranau ke kk dinner mlm tu kami diet hehehehehe\
just makan roti canai itu pun hubby tapau dr kedai mamak bawah

pas tu.........
 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
pengsan
tidor mcm baby nie ^_^



2 comments:

  1. cutenya qiera posing tu..wah cantiknya ladang lembu tu..tetiba je rasa nk terbang pegi hehehe

    ReplyDelete
  2. tunggu baby keluar ye hihihihihi

    ReplyDelete

^__*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TQ

Ai, takkan tengok je.:) TQ, friends