tq.... sudi klik ^_*

"Terima Kasih Sudi Jengah Blog Saya"

Tujuan blog ini di tuliskan adalah untuk merekodkan segala kenangan terindah dalam meniti kehidupan harian.... Kisah suka, duka, pahit, manis silih berganti membuatkan saya menjadi seorang yang tabah, cekal dengan semua ujian Allah S.W.T

Sebagai manusia yang tidak sempurna, MAAF di pohon andai tulisan/luahan/bicara saya menyentuh perasaan.

mencari hadiah utk insan tersayang.... klik sini utk surprisekan mereka

teRimA kaSiH kaWan-KawAN ^ __ ^

Salam, Tinggalkan LiNk anda utk sy TerjaH seMuLa ^ __ ^

so sweet ^ __ *

Tuesday 30 November 2010

MAHA vs BRANDED SALE CYBERJAYA

salam bismillah,

semlm ptg hubby ajak ke MAHA katanya mesti org x ramai pergi coz hujan hehhehe :) baru nk bersiap hujan turun dgn lebatnya siap dgn petir tu.... terus cancel n sy terpaksa lah masak hehehhe ingat kalo g MAHA x pyh lah masak :)

sebenarnya x bersemangat gak nak pergi coz tentera x cukup.... anak bujang di tinggalkan di Muor bersama atuknya.... tapi tu lah kalo x g MAHA rugi juga bukan selalu di buatkan.... lagi pun jarak MAHA bukannya jauh dari rumah... cuma x pernah berkesempatan nak g melawat.

kat cyberjaya pun macam best gak ada jualan brg2 branded...... g terapi mata 



Kaya Dunia Muflis di Akhirat

salam bismillah,
utk muhasabah diri saya n keluarga... yes, sy manusia biasa yg selalu alpa dgn duniawi n bila kita ditimpa susah baru kita tersedar...  Semoga saya makin matang dalam meneruskan kehidupan ini.
petikan ini di ambil dari khutbah JAKIM......




Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan memperkukuhkan pengabadian diri kita kepada-Nya dengan  melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan pada hari yang penuh berkat  ini menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Tajuk khutbah pada hari ini  ialah: “KAYA DUNIA MUFLIS DI AKHIRAT”.

Muslimin Yang dirahmati Allah,
Sebagai seorang Islam  kita seharusnya bijak melayarkan bahtera kehidupan ke arah yang benar mengikut petunjuk yang telah digariskan oleh al-Quran dan Hadith. Untuk kita sampai ke destinasi akhirat maka hendaklah kita beramal dengan seberapa banyak  amalan  kebajikan dan sentiasa berada dalam keampunan Allah SWT  semasa hidup di dunia. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Hadid ayat 21:


Maksudnya:  Berlumbalah kamu untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya;.

Banyak ayat al-Quran mengambarkan kepada kita perihal mereka yang melakukan dosa akan menjadi cemas, takut dan merana bila dibentangkan buku catatan amalan mereka di Padang Masyar. Insaflah bahawa segala amalan kita di dunia ini akan di adili di akhirat nanti walaupun ianya sekecil zarah. Ketahuilah bahawa setiap amalan dan tingkah laku kita semuanya di catat oleh malaikat yang di tugaskan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Infitaar ayat 10 dan 11:

Maksudnya: Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu, (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu).

Namun persoalannya pada hari ini ada dikalangan kita yang kaya di dunia tetapi tidak bersedia untuk menghindari muflis di akhirat. Mereka menikmati pelbagai kemewahan kurnian Allah SWT di dunia tetapi tidak bersyukur dan mengabaikan tanggungjawab terhadap Allah SWT dan mengkianati amanah sesama manusia. Dalam mengejar kemewahan mereka lupa solat, zakat, menunaikan haji dan sebagainya kerana sibuk dengan pelbagai urusan duniawi. Selain itu, mereka juga tidak prihatin kepada hak-hak sesama manusia, hak-hak golongan fakir, miskin dan anak-anak yatim.Malah ada dikalangan kita menzalimi sesama manusia. Ketahuilah bahawa gaya hidup sedemikian akan menjadikan mereka muflis di akhirat. Nabi SAW dalam hadithnya yang di riwayatkan oleh iman Muslim RA memberi amaran kepada kita tentang berlakunya gejala muflis dikalangan umatnya. Sabda Rasulullah SAW:

Bermaksud: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Para sahabat menjawab: Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun hartabenda”. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Alllah SWT akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah SWT campakkan dia ke dalam neraka." (Riwayat Muslim)


Berdasarkan hadith ini, dapat kita fahami bahawa golongan yang menjadi muflis di akhirat adalah berasal daripada mereka yang memiliki pahala, seperti pahala solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Bagaimanapun, semua pahala ibadah mereka itu habis kerana digunakan sebagai membayar ganti rugi kepada insan yang pernah disakiti, dikianati atau dizalimi. Di samping mereka dibebankan dengan dosa orang yang dizalimi.
Alangkah ruginya golongan muflis ini, kerana walaupun mempunyai pahala kerana mengerjakan ibadah dan bermacam kebaikan, akhirnya menjadi kosong kerana di ambil oleh orang lain sebagai ganti rugi dengan sebab kesalahan terhadap orang lain atau kezaliman yang telah dilakukan.     

Muslimin Yang dirahmati Allah,
Dalam kehidupan sehari-hari kita perlu berhati-hati agar tidak melakukan dosa,    terutama dosa sesama manusia. Namun kenyataannya pada hari ini segelintir daripada kita secara terangan melakuan pelbagai kesalahan kepada orang lain, iaitu; Pertama: Mencabuli kehormatan dan harga diri melalui fitnah, mengumpat dan mencaci. Kedua: Merosakkan harta benda dengan  merompak, menyamun, mencuri, menipu dan sebagainya, Ketiga: Mencabuli keselamatan dan kebahagiaan dengan cara keganasan,penderaan mental dan fizikal, pukul, bunuh, perbuatan sihir, ilmu hitam dan sebagainya. Keempat: Merosak rumahtangga melalui perbuatan curang dengan suami atau isteri yang menyebabkan runtuhnya institusi keluarga.
Jika kita miskin di dunia masih ada lagi orang yang bersimpati dan dapat membantu kita. Tetapi bagaimana pula hal keadaan kita apabila muflis di akhirat ?. Siapakah yang akan bersimpati, siapakah yang akan menolong kita dan siapakah pula yang akan menyelamatkan kita dari azab seksaan neraka Allah SWT?
Perlu di fahami bahawa kehidupan di akhirat lebih perlu di utamakan kerana ia merupakan kehidupan yang kekal abadi. Kesejahteraan di akhirat tentulah memerlukan persiapan dan usaha yang lebih terancang dan konsisten. Kita perlu banyak mengorbankan masa, fikiran dan tenaga dalam mempersiapkan bekalan ke alam akhirat.  Dengan persiapan dan bekalan yang mencukupi, kita akan dapat menghadapi pelbagai rintangan dalam perjalanan menuju ke alam akhirat, bermula di alam kubur seterusnya di padang Mahsyar dan di negeri akhirat.  Ini selaras dengan firman Allah dalam surah Az-Zumar ayat 73:

Maksudnya: “Dan orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka dibawa masuk ke Syurga dengan berpasuk-pasuk, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga itu dibuka pintu-pintunya dan berkatalah penjaganya: Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan kekal.
Muslimin Yang dirahmati Allah,
Mengakhiri khutbah marilah sama-sama kita menghitung diri kita, adakah kita  sudah berada dalam gaya hidup yang diredhai Allah ataupun gaya hidup yang di murkai oleh Allah. Andainya kita telah berada dalam keredhaan Allah, maka kita pertingkatkan dan gandakan lagi agar ianya lebih mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT. Andainya kita menderhakai kepada Allah maka bersegeralah kita bertaubat dan kembali ke jalan Allah, mudah mudahan kita diampuni Allah dan dilimpahi dengan kehidupan akhirat yang penuh dengan nikmat. Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita merenung firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 133:

Maksudnya:  “ Dan segeralah kamu kepada keampunan dari Tuhan kamu, dan Syurga yang luasnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa.

Friday 26 November 2010

Today is the Day........ Happy Birthday Son

salam bismillah,

 < his favorite color is red >



hari nie birthday anak sulung saya.... FARHAN HAKIMI di lahirkan pada 26.11.2003 hari raya aidilfitri ke-2 1424 hijrah di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor..... Sungguh indah saat itu, yes its my 1st experience... n alhamdullilah saat itu memang ramai sedara-mara dtg beraya di muor agak kecoh juga coz dia lah cucu pertama bg keluarga kami berdua :)

Sekejap rasanya masa berlalu....

Sudah 7 tahun kini. Hanya hadiah doa dari kami
Sihat selalu FARHAN HAKIMI
Sihat dan ceria
Raih segala mimpi dan cita-cita
Semoga selalu dalam Penjagaan-Nya setiap hari setiap saat
Jadikan hanya DIA pegangan kuat dalam hidupmu
Jadikan hanya DIA penuntun ketika kau ada di titian sempit dan terjal
Jadikan hanya DIA cahaya yang menerangi jejak langkahmu

Maafkan kami…hanya doa-doa ini kami daraskan padaNya setiap hari
Ya Rabb…
semoga kami dapat menjaga amanah-Mu ini
menjaga dan menemani FARHAN HAKIMI beserta adik-adiknya
menjaga dan mendukung mereka meraih cita
Jadikan mereka anak-anak yang sehat dan cerdas, berilmu
Jadikan mereka anak-anak yang selalu mendoakan kami, orang tuanya
jadikan mereka anak-anak yang beramal jariyah di jalan-Mu

Terima Kasih Ya Allah
Anugerah yang cukup istimewa ini....
Jgnlah engkau mengadu masalahmu kpd yg lain drpd Allah.
Org yg menjadi tempat engkau mengadu itu mungkin sahabatmu dan mungkin musuhmu. Jika dia seorg sahabat, masalahmu itu hanya akan menyusahkan hatinya.
Jika dia seorg musuh, masalahmu tadi akan membuka peluang untuknya.”(Shuraih al-Qadi)
“Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kpd Allah.” (maksud Yusuf:86)

Aminnnn Ya Rabal Al-Amin...

p/s: dah request nak g makan stembot @ Maeps, Serdang

Wednesday 24 November 2010

Taman Cinta Kami

salam bismillah,

tajuk x leh tahan kan hehehheh semenjak 2 menjak kami rajin ke taman membawa anak beriadah n mengeluarkn peluh n nk mncapai impian langsing sikit dr sekrg nie :)

nie antara aksi2 putera puteri ku

di mulakan si qiera yg suka nangis jer huhuhu berebut racket badminton dgn kakak


farisya dgn botol air, boleh jadi model iklan milo x nie

farisya menjadi pengadil, hakim dgn gaya pro

ok lah penat main dgn ayah.... belajar teknik timbang bola pulak... qiera pun nak belajar jugak lah


ibu.... mcm nie cara timbang bola ke?


ayah membawa diri dgn farisya untuk mencari buah tunjuk langit hehehehhe 
jgn marah yer :)

 n akhirnya ada juga muka tuan blog nie hehehhehhe
 mesti qiera nk ckp adoiiiii sakit lah genggaman ibu nie huhuhuhu

farisya n ibu.... kdg2 dia manja n kdg2 brutal huhuhuhu

jgn tiru gaya sy.... kt sini semua alatan exercise.... so sy jadikan sbg buaian

qiera sgt suka main x kisah kt mana asal bw dia keluar dr rumah....

hope hakim akan fit smpai besar :) walau sy kurus sy fit brlari tau

sekali lg qiera nangis coz dia x dpt buat senaman bangkit tubi mcm hakim buat... 
dia ingat dh besar ler tu semua nk buat sama

gmbr akhir sebelum kejadian kamera jatuh huhuhuhu terus lens jd error 
no picture anymore:(



Tuesday 23 November 2010

GOOD LUCK

salam bismillah,

hari nie bermulalah exam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010
bg semua pelajar yg berumur 17thn n termasuklah adik perempuan sy yg bongsu itu...

kalau tak silap hr nie paper BM Penulisan.... hope dia boleh buat n do the best.
GOOD Luck dear :)
TQ jugak coz tolong jaga anak saya minggu lepas




p/s: makan di McD Kota Damansara, hntar mak su aida balik rumah

MeNu DinneR seMaLaM

salam bismillah,

semalam dinner sy makan pisang goreng n sambal kicap jer hehhehhe adakah itu menu diet sihat huhuhu tentulah TIDAK..... tp kira ok lah kan????

tetap juga masak utk family trsyg.... masak sup daging (tq to mak n adik ipar yg bg daging korban) n telur dadar.... simple, cepat n sedap....

kalo beli kat luar confirm x pernah abis walau beli seketul ayam masak kicap....
so kesimpulan masakan sy gak yg sedap n licinnnnn

lagi2 kalo tgk farisya makan huhuhuhu mengalahkan ibu dia yg makan :)
berselera sungguh.... anak2 nie kalo ada sup berselera makan... lg2 farisya boleh selamba jer hirup kuah asam pedas :)

pisang abu goreng with sambal kicap 


sup daging n telur dadar.... selingan gmbr qiera yg suka menangis.... dpt mangkuk senyap :)


< inilah buah hati sy >


Monday 22 November 2010

< Sambal Kicap punya hal >

salam bismillah,



cadang tak nak lunch td.... coz bf pg td dh mkn nasi lemak yg bungkus kecik jer :)
dlm kul 1.30 perut dh brbunyi minta di isi... turun kt cafe byk lauk yg dh abis :(
2 3 kali gak ler memusing tgk mknan yg tinggal kuah jer n 2 3 jenis ikan goreng.....

last sy decide mkn nasi ayam..... rupa2nya ada hikmah sy mkn nasi ayam nie coz sy dpt sambal kicap :) sy dh plan petang nie nak buat pisang abu yg muda brgetah goreng cicah dgn sambal kicap mkn panas2 sedap nyer..... dh trliur nie :)

TQ tu aziah bg pisang ek :)


p/s : gambar dr cik goggle.... TQ

Saturday 20 November 2010

aNNiVeRSaRy GiVeaWaY ..!!

salam bismillah,

mencuba nasib mana tau rezeki sy ker hehehhe meh kawan2 jom join giveaway dari ana yg kecik molek nie :)




Syarat-syarat nak join mudah je :

1. Keutamaan bg yang jd followers blog ana..yang takde blog pun boleh gak jd follower, just create google akaun je..- OK

2. copy paste entry ini balik & letak banner ni kat sidebar korang bg yg ada blog..yg takde blog korang email je ye..- OK

 
3. Tag 2 orang kawan anda - OK

ii) kak zan
iii) ida

p/s: mereka nie semua ofismate sy...n kami selalu ngintai blog ana :)
buat kak zan n ida cepatlah join as blogger

4. Yang dah join sila letak link kt komen ye..utk ana buat terjahan..takyah wish apa2 pun..nak wish pun boleh juga kekeke..-OK ( Happy Anniversary Ana, semoga menjadi isteri, mak, anak, adik, kakak, kawan, yang disenangi, menyenangi n yg penting insan yg dilindungi n dirahmati oleh Nya...semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat)

5. Keputusan ana akan umumkan pada hari anniversary
ana pada 28 Nov nanti...

Hadiah yg di tawarkan
*
*
Hadiah Utama

Hadiah Kedua

cepatt..ada seminggu je ..tarikh tutup 26 nov okey...


 

Friday 19 November 2010

Breakfast ala-ala itali

salam bismilah,

pagi nie sy sgt rajin..... sy buat sarapan utk suami, anak2 dan adik bongsu saya...
dah 2 hari anak dara saya di jaga oleh mak su mereka...

saya masak fussili cheese n herbs...

nie lah rupanya FUSSILI CHEESE N HERBS

sy guna sauce nie


Tuesday 16 November 2010

Masih Mencari

salam bismillah,

apa yang di cari? hmmmmm tu lah dah lama mencari2 tapi belum jumpa yg berkenan di hati...... sabtu lepas dh g sogo konon sale utk member.... paksa n terpaksa lah en hubby menemankan saya.... selama 1 jam setengah saya mencari, menelek n menyemak harga sama ada patut atau tidak sy membeli....

dh lama pun x masuk sogo... rasa hampir 2 tahun... ntah mimpi apa sy ajak suami n anak2(kenalah ikutkn).... memang nekad nak beli jugak at least satu....

bila suami dah kol, ajak balik hehhehe (ciyan dia kena handle 3 beradik) dan sy masih mencari ketika itu n x decide lg yg mana satu pilihan di hati.... last sambar jer apa yg ada.....

tunjuk dgn hubby cantik x? katanya design org tua huhuhuhu :(

so..... sy simpan jer lah.......

tu yg tgh mencari2 lagi.......... kat mana tempat yg ada buat sale n design cantik, cun, ayu, dan utk level mcm sy nie.... ibu beranak 3, yg tak terlalu muda n belum tua lagi hehehehe, nk ckp sy seksi pun x seksi sgt, x terlalu kurus tp nekad utk langsing :) n yg penting hrga yg mampu milik :)


Dari RM5 jadi RM3

salam bismillah,

terus semangat nk story kt blog..... baru balik dr beli lunch @ cafe di ofis.... still dlm bungkusan lg nie..... dah byk kali terjadi, letak hrga yg kdg2 x logik :(

mungkin saya jarang2 membeli makanan di cafe.... x tau lah kalau memang dh naik harga huhuhuhu hari nie ambil makanan berasaskn sayur jer, pajeri nenas, sayur pucuk manis labu, n telur asin... mak cik itu caj RM5

sy tanya menu nie jer RM5.... sy tanya dgn penuh sopan santun k

bila dia semak balik... dia ingat pajeri nenas tue ikan sardin masak kari huhuhuhu :) mak cik tu minta maaf coz salah kira, sy pun x lah brkira sgt... tp kalo dh selalu jer letak hrga yg x logik trpaksa gak saya berkata2 :)

itu jer lah.... nk makan pajeri nenas feveret sy :)

selamat MENJAMU SELERA

KORBAN

salam bismillah,

esok hr raya korban, semenjak 2 menjak nie banyak perkara baik berlaku :) ... rezeki di permudahkan.... alhamdullilah....

byk perkara di korban dan "ter" korban.... itu semua utk jangkamasa akan dtg.....

so sekrg sy kena korban kan byk MASA utk anak bujang sy.... yes, dia memang memerlukan masa n sokongan saya.... 2 princess dah makin membesar dah bole main bersama.... mcm2 ragam yg kdg2 mengusik jiwa :) harap2 boleh lah bg chance utk sy bersama dgn anak bujang sorang nie :)

org kata anak lelaki lambat matang hmmmmm.... tu lah sy x tau bila lah Hakim makin matang, nk tukar mind set dia minat membaca n menulis..... setakat nie yg nmpak kena suruh/paksa baru gerak... dia x minat hmmmm

sains and matematik keputusan B....agama kali nie kurang memberangsangkan.... tapi BM hmmmmm x memuaskan hati langsung.... bukan dia x tau.... dia tau.... tp x nak buat n tulis panjang2.... kalau dia tulis salah bole dimaafkan, nie x ada lompang2 mungkin x cukup masa or suka melambatkan kerja, memanglah dia baru darjah 1.... dr sekrg lah sy kena pantau kalau sy leka..... lg susah nk lentur

Ya Allah mungkin cara ini ujian Mu buat hamba Mu ini :)



Menghayati Hari Raya Korban

AIDIL ADHA disebut juga sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji. Pada Hari Raya Haji ramai ummat Islam yang berkemampuan menyembelih korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin. Ramai juga ummat Islam yang cukup syarat, menunaikan Ibadah Haji ke Baitullahilharam. Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dilanjutkan pula oleh ummat Islam untuk membantu mereka yang susah.

Jika sifat suka berkorban ini meresap ke jiwa seluruh ummat Islam Insya-Allah akan wujud ketenangan dan kedamaian dalam masyarakat dan akan dekatlah jurang yang memisahkan antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang kuat dengan yang lemah, antara penguasa dengan rakyat biasa.

Mereka yang kaya mengorbankan sebahagian daripada hartanya untuk membantu mereka yang didalam kesusahan, seperti yang biasa dialami oleh fakir miskin, yatim piatu ataupun sesiapa yang memerlukan pertolongan. Mereka yang telah menerima bantuan sepatutnya mensyukurinya dan berusaha dengan sekuat tenaga tidak hanya bergantung kepada pemberian orang, Rasullah S.A.W telah mengingatkan bahwa:

"Tangan diatas lebih baik daripada tangan dibawah".

Oleh karena itu perlulah kita bekerja keras untuk meningkatkan taraf kehidupan kita. Jika kita rajin berusaha, seperti mengolah (mengerjakan) tanah yang terbiar, menanam berbagai tanaman, memelihara haiwan ternakan, memelihara ikan dan sebagainya Insya-Allah disatu masa taraf kehidupan kita akan berubah kepada yang lebih baik.

Ibadah Haji ialah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu mengerjakan sekali seumur hidup, Allah s.w.t.berfirman yang maksudnya:

"Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang ditentukan, karena rezeki yang Allah telah anugerahkan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan orang yang sengsara dan fakir."(Qur'an. S.al-Hajj:27-28)

Sungguh besar manfaat yang akan diperoleh mereka yang mendapat kesempatan menunaikan ibadah haji, antaranya, Insya-Allah akan terjalin perasaan ukhuwah Islamiah sedunia, menanamkan rasa persamaan, mendidik rohani dan jasmani kita supaya tabah dan sabar menghadapi cobaan. Dapat melihat sendiri tempat tempat sejarah Nabi Ibrahim dan Ismail, tempat bersejarah ketika Rasulallah s.a.w. dan sahabat berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan dan mengajak manusia kejalan yang benar jalan yang diredhai Allah s.w.t. yang terkandung dalam Islam.

Mereka yang datang menunaikan ibadah haji terdiri daripada berbagai bangsa yang datang dari segenap penjuru dunia, dengan demikian kita saling berkenalan dan dapat mempelajari adat manusia dari berbagai bangsa dan suku puak.

Berbagai kesukaran dari mula mempersiapkan perbelanjaan untuk yang pergi dan untuk yang ditinggalkan. Kesukaran dalam perjalanan, kesukaran menghadapi berbagai ragam manusia, kesukaran cuaca yang berbeda dari tempat asal kita, dan sebagainya, semua itu akan membentuk diri dan peribadi kita menjadi manusia yang sabar dan tabah menghadapi cubaan hidup.

Kita berdo'a kepada Allah s.w.t. semoga diampuninya segala dosa-dosa kita selama masa yang lalu, baik dosa yang mungkin kita telah lakukan terhadap diri ataupun terhadap mereka yang lemah. Kita mohon kepada Allah s.w.t. semoga diterimanya segala amal ibadah kita dan akhirnya kita akan memperoleh Husnul Khatimah, akhir yang baik dan dapatlah kehidupan kita diberkati dan diberikan ketenangan dan diselamatkan dari segala malapetaka mungkin karena dosa-dosa yang pernah kita lakukan sengaja ataupun tidak sengaja.

Amin ya Rabbal Alamin!

dari sumber web ini


Umat Islam seluruh dunia digesa bersatu menadah tangan berdoa beramai-ramai pada jam 1800 GMT pada Hari Arafah 16 November bersamaan 9 Zulhijjah ini.

Atas keyakinan 'doa adalah senjata orang Islam', muslim di seluruh dunia digesa berdoa 10 minit pada hari tersebut untuk kesatuan dan kesejahteraan ummah.

Inisiatif ini dianjurkan oleh Global Prayer 2010 for Palestin, Peace and Unity.
"Semua muslim di seluruh dunia, digesa bersatu dan mengangkat tangan bersama berdoa secara besar- besaran. "Doakan agar Allah SWT melindungi umat Islam yang dizalimi seperti di Palestin , Pakistan dan di seluruh dunia dan kembalikan keamanan," kenyataan dalam web mereka dipetik.

Selain itu, mereka juga mahu stesen televisyen, internet dan stesen radio menghebahkan perkara tersebut untuk tujuan lebih ramai menyertai Global Prayer tersebut.
"Kita khabarkan kepada semua agar boleh kumpulkan umat Islam dengan jumlah yang besar pada hari yang mulia ini untuk membantu saudara Islam kita. "Bolehkah kita meluangkan 10 minit dari masa kita untuk memohon pertolongan Allah?" soalnya.
Pada hari tersebut juga, umat Islam di seluruh dunia disunatkan berpuasa.


salam ukhwah :)

Thursday 11 November 2010

10 000 Langkah Berjalan Kaki, Setiap Langkah Mambawa Faedah

Salam bismillah,

info dari web info sihat

Berjalan Kaki

Pengenalan

Berjalan kaki adalah senaman yang mudah, murah dan selamat untuk dilakukan. Ia merupakan satu kaedah senaman yang sesuai bagi semua lapisan peringkat umur. Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja sama ada di rumah, di pejabat, di kompleks membeli-belah dan lain-lain lagi.


Faedah berjalan kaki

Mengamalkan senaman berjalan kaki memberi manfaat kepada kesihatan kita seperti:

1. Menyihatkan jantung, mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paras kolesterol.
2. Mengawal tekanan darah dan mencegah risiko penyakit darah tinggi dan strok.
3. Mengurangkan risiko penyakit diabetes. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk              memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah.
4. Mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik.
5. Mengurangkan stres. Berjalan membantu merangsang penghasilan hormon endorfin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat.
6. Mengekalkan kekuatan otot.
7. Mengurangkan risiko osteoporosis
8. Mengekalkan kestabilan dan mengurangkan risiko jatuh terutama kepada golongan warga emas.
9. Mampu meningkatkan keyakinan diri.


Bagaimana untuk bermula?

1. Tetapkan matlamat. Sekiranya kita tidak pernah melakukan apa-apa jenis senaman dalam jangka masa yang lama, mulakan dengan perlahan-lahan dan jarak yang pendek.
2. Cari tempat yang sesuai untuk berjalan. Seeloknya-eloknya permukaan haruslah rata dan tidak membahayakan.
3. Tetapkan tempoh masa. Pastikan tempoh masa yang ditetapkan mengikut keupayaan tubuh badan kita.
4. Tambah kelajuan dan tahap kesukaran. Sekiranya kita telah berjaya mencapai matlamat di atas, kita mungkin boleh memikirkan untuk menambah kelajuan berjalan dan cuba untuk berjalan di kawasan-kawasan seperti di taman rekreasi.
5. Berjalan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Sekiranya kita berasa tidak yakin dan kurang keseronokan berjalan seorang diri, kita boleh mengajak ahli keluarga atau rakan-rakan untuk bersama-sama menjalankan senaman ini. Berjalan bersama teman yang mengiringi anda akan menjadikan aktiviti yang dilakukan lebih menyeronokkan dan tidak mudah berasa bosan.


Teknik-teknik berjalan dengan betul

Dengan menggunakan teknik berjalan dengan betul, kita akan dapat meningkatkan tahap kesihatan kita dengan lebih optimum lagi.

1. Pastikan bahagian tumit mencecah tanah sebelum bahagian tapak kaki yang lain. Peringkat permulaan, langkah yang pendek sudah memadai.
2. Hayunkan tangan. Dengan menghayunkan tangan akan memberi lebih banyak impak seperti membantu membakar lebih banyak kalori dan menguatkan otot-otot di bahagian atas badan kita. Ini menunjukkan bahawa senaman berjalan bukan saja memberi faedah yang lebih kepada otot-otot bahagian bawah namun turut melibatkan otot-otot di bahagian atas badan kita.
3. Luruskan bahagian belakang badan kita. Untuk memastikan kita berada dalam postur yang baik. Luruskan bahagian belakang badan kita dan pandang ke hadapan.
4. Kawal pernafasan. Semasa berjalan pastikan pernafasan kita sentiasa teratur. Sekiranya kita berasa nafas kita semakin tercungap-cungap, kita perlu mengurangkan kelajuan dan sekiranya tidak mampu kita haruslah berhenti.
5. Untuk menambahkan lagi variasi sewaktu berjalan kita boleh menetapkan sasaran pada tempoh-tempoh tertentu untuk meningkatkan kelajuan dan menurunkan kelajuan.
6. Sekiranya mampu, kita boleh menggunakan pedometer, iaitu alat untuk mengukur langkah kaki kita. Alat ini diletakkan di bahagian pinggang kita dan ia akan mengira berapa langkah kaki yang telah kita lakukan pada setiap hari.
7. Cuba untuk melakukan senaman berjalan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali dalam seminggu.


Cara Mudah Untuk Berjalan

Terdapat banyak cara untuk kita melakukan senaman berjalan ini. Apa yang penting ialah kita harus pandai mencari peluang dan menjadikan senaman itu sesuatu yang menyeronokkan.

1. Sekiranya kita tinggal di kondominium atau pangsapuri, cuba minimakan penggunaan lif. Sebaliknya lebihkan dengan menggunakan tangga. Sekiranya tidak mampu kita boleh menaiki lif separuh jalan sahaja dan seterusnya menggunakan tangga untuk sampai ke tempat yang ingin dituju.
2. Letakkan kereta di tempat yang agak jauh dari tempat yang ingin ditujui. Sebagai contoh, jika kita ke kompleks membeli belah atau ke pejabat, kita boleh meletakkan kereta sedikit jauh dari pintu masuk. Ini bergantung kepada keadaan sekiranya tidak sesak dan tidak mendatangkan kesulitan yang ketara kepada kita.
3. Jangan hanya duduk sepanjang masa di pejabat. Kita boleh berjalan di sekeliling bangunan tempat kerja.
4. Bagi yang berkeluarga, bawalah mereka untuk bersiar-siar di taman rekreasi. Ketika berada di umah pula, bermainlah sepuas-puasnya dengan anak anda. Ini juga merupakan salah satu cara untuk membakar kalori dan merangsang otot untuk bergerak.
5. Maksimumkan berjalan kaki sekiranya kita ingin ke satu-satu tempat. Sebagai contoh kita boleh berjalan untuk ke masjid, ke kedai runcit, ke rumah jiran dan sebagainya.

p/s: gambar dari google....

SUDAH BERUBAH PART 2

Salam bismillah,

ada lagi sambungan sudah berubah.... kali nie tentang kerja pulak...
selagi umur panjang selagi sihat kita akan terus berkerja dan berkerja...
walau dah pencen pun kerja tetap kerja, cuma berlainan situasi jer :)

as normal human (selalu jer guna ayat nie kan ) kadang2 dalam berkerja ada gak cacat-celanya.... dan kita suka-suka tuding jari mengatakan betul atau salah... n bg sy sentiasa think positif.... terpulang pada persepsi masing2....

Apa yang SUDAH BERUBAH lagi..... ini combine dgn kerja dan anak....
saya sudah tukar unit n bos.... AKHIRNYA
saya suka buat benda baru dan mencabar.... mungkin atas pengalaman sy berkerja di private yg membuatkn sy mcm sy skrg nie :)
nampak macam ayu, sopan, lemah-lembut ala-ala perempuan melayu terakhir :)
jgn tergelak yer sy memuji diri sendiri saper lagi yg sudi memuji saya hehehehhee
saya seorg yg tegas, garang, x sabar punya org n sensitif, suka sgt jaga hati org, bila sy terasa sy simpan, pendam n diam bila dah x tahan nangis hehehheh nie perangai buruk saya

dah melalut lak dari tujuan asal....

apa lagi yg berubah........ kebiasaan saya smpai ofis 7.40pg punch card n baru hntr anak ke taska... minggu nie sy hntr anak dulu then punch card lg 5-10 minit ke jam 8.00pg huhuhuhu nasib sempatkan. yer lah semenjak dapat SUB baru n dari pandangan mata kasar n info dia seorg yg pentingkan displin n masa..... so kesimpulannya sy pun kena displin n menepati masa :) sy kena ubah sikit lah hehehhehehhe :) pada sy betul cara dia............ n sy as normal human, cuba perbaiki diri.
yer lah kekadang kita x sangka perkara nak jadi time perjalanan ke ofis :)

n rutin exercise sy brjalan 5minit pun berubah juga :) biasa sy dr blok selatan hntr anak ke blok utara then sy g beli breakfast so apa yg sy exercise tu x berapa nk jadikn... Now, saya hntr anak n park kete di utara so brjalan ala lenggang mak limah ke selatan yg ambil masa dekat 5 minit mcm tu gak lah di petang hari..... so harap2 bole berterusan lah yer :)

nnti nak share info tentang berjalan kaki :)

SUDAH BERUBAH

Salam bismillah,

hiii dah breakfast ker? Saya dh 4 hari x bf, kenapa?? biarlah rahsia hehehhe

apa yang sudah berubah? as normal human kita memang selalu berubah-ubah. macam2 boleh berubah dan diubah..... sengaja atau tidak

Kita boleh berubah sikap, penampilan diri, kerja, keluarga n yg lain2

dan yang sy nak cerita SUDAH BERUBAH ialah

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'


design blog saya SUDAH BERUBAH mengikut kaler faveret saya jer hehhehehhe
surprise x? saya suka PURPLE.... dari time sy sanding 2003 pepel and until now dan 7 tahun.... n thn ni rumah saya pun dah cat pepel hehehhehhe itu yg sy suka :)
TQ to mr hubby saya yg mengeCAT 

zaman anak dara sy suka pink... yer lah kan dah nama nya girl harus suka kaler tu.... n now sy ada 2 princess so paksa n rela lah anak2 dgn kaler PINK.... 



pagi nie 2 princess tu x mengaruk nk ke sekolah... biasa lah kan budak2 ada time ngada2 sampai.... huru-hara saya jadinya..... yes, kekadang x dpt nk control keadaan,,,, smpai saya pun mengaruk sama hehhehehhehe macam2 kisah hidup nie.... kekadang bila ingat balik memberi seribu, sejuta, sebillion, semillion kenangan :)

pagi ni sampai2 ada baby huzaifah... Qiera suka sangat dgn baby... dia kiss baby, dia colek2 pipi baby, usap2 kepala baby n macam2 ler dia buat dgn baby tue.... kesudah baby nangis RIMAS dengan kakak qiera nie......

Qiera nak adik ker?????? Sy nak anak lagi ker???????
cuba teka???????????

nie lah gambar FAQIERA HADIRA


^__*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TQ

Ai, takkan tengok je.:) TQ, friends