tq.... sudi klik ^_*

"Terima Kasih Sudi Jengah Blog Saya"

Tujuan blog ini di tuliskan adalah untuk merekodkan segala kenangan terindah dalam meniti kehidupan harian.... Kisah suka, duka, pahit, manis silih berganti membuatkan saya menjadi seorang yang tabah, cekal dengan semua ujian Allah S.W.T

Sebagai manusia yang tidak sempurna, MAAF di pohon andai tulisan/luahan/bicara saya menyentuh perasaan.

mencari hadiah utk insan tersayang.... klik sini utk surprisekan mereka

teRimA kaSiH kaWan-KawAN ^ __ ^

Salam, Tinggalkan LiNk anda utk sy TerjaH seMuLa ^ __ ^

so sweet ^ __ *

Saturday 25 July 2009

English StyLE vs ZeN sTyLe

salam..

mata belum ngantuk gak tengok tv lak x rancangan menarik, sementara tunggu hubby ku balik dari kerja jenguk lappy yang dah lama x ku sentuh... aku baru jer lepas mop umah, membasuh baju, takut lak nak g sidai baju seawal 1 pagi nie so tunggu matahari menjelma esok ler...

sambil update blog nie aku nak search "zen style" lak.... one of pegawai kt ofis yg g tau pasal zen style nie... 1st time aku dengar dan yg buat aku nak tau sgt nie coz pegawai yg minat dgn "zen" nie adalah seorg LELAKI.... aku minat english style tapi cam maner nak wat yer.... x berkemampuan lagi nak beli barangan vantage... koleksi ciput kat umah nie ala-ala english style, itu pun aku cari yg murah jer beli kat romantika shah alam dan warta bangi.

hmmmm mata dah ngantuk lah pulak... siang nanti sambung cari info yer... dah kul 2 pagi daaa... selamat tidur n selamat pagi semua...

p/s : ayam depan umah dah berkokok..

Tuesday 14 July 2009

deMam oh DeMam

salam n selamat malam....

musim demam melanda familyku... farisya org pertama kena demam, pas tu akim then qiera and now hubby n farisya again....

hope, aku di beri kekuatan untuk menepis virus demam ini....

Ya ALLAH moga kau beriku kesihatan yang baik untuk ku menjalankan tugas ibu n isteri... aminnnnnnnnn

selamat malam

p/s : semua dah tido, ibu sambil2 mengemas umah n update blog....... almaklum siang tadi kat ofis x bole cuci mata, internet problem so now lepas geram sekejap huhuhuhu

Friday 10 July 2009

curi tulang

salam jumaat...

Baru balik dari AG, qiera baru jer tido so ibu x dapat nak bf dia dengan agak hampa aku brjalan semula ke ofis.... nasib pergi AG tadi naik unser dgn hubbyku kebetulan dia nak g solat jumaat kat masjid putrajaya.... katanya dia ada kejer di tingkat 12, mof...

pagi tadi aku dengar ceramah pengukuhan integriti perkhidmatan awam (pipa)bertajuk "CURI TULANG" suatu pengkhianatan terhadap diri sendiri, agama dan negara. di awal ceramah amat memboringkan coz nie 1st time ceramah aku hadir setelah dua bulan cuti bersalin. yer lah baru nak panaskan enjin badan, ambil masa sikit lah hehheheh :) dengan sejuk, mengantuk semua ada.....

Di pertengahan ceramah tersentuh hati dengan slide mengenai tajuk "BUMI BERSERU 5 KALI SETIAP HARI" aku hanya sempat menyalin 4 sahaja.. antara yang boleh di kongsi bersama

1) kamu berjalan di atas punggungku dan kamu kembali ke perutku.
2) kamu makan berbagai makanan di atas punggungku dan kamu akan di makan ulat di dalam perutku.
3) kamu ketawa di atas punggungku dan kamu akan menangis di dalam perutku.
4) selalu berbuat dosa di atas punggungku maka kamu akan terseksa di dalam perutku.

7 wajah di bawah naungan Allah s.w.t di Padang Masyar

1) imam (ketua negara) pemimpin yang adil
2) pemuda yang membesar dalam beribadah kepada Allah
3) lelaki yang hatinya sentiasa bertaut kepada masjid
4) 2 orang yang berkasih sayang kerana Allah dan berjauhan juga kerana NYA
5) lelaki yang menolak utuk berbuat zina dengan perempuan cantik dan berkedudukan sambil berkata "aku takut Allah"
6) orang yang bersedekah dengan tangan kanan sedangkan tangan kirinya tidak mengetahui.
7) orang yang menyebut nama allah ketika bersendirian dan akan meniti air matanya.

renungan bersama...

Tuesday 7 July 2009

cuti a.k.a emergency leave

Salam and hi everybody....

x aper yg menarik sangat utk aku citerkan... cuma sekarang masa mencemburui utk bersuka ria... so x lah aku nak update selalu blog nie... gambar qiera yg dah pandai senyum n bersembang ada dalam kamera x sempat nak up load lagi, al-maklum handphoneku tak canggih kalau tak bole bluetooth jer

dalam 2 minggu kebelakangan ini... semua perkara berlaku tanpa di rancang... last week pun aku nyaris x gi exam KPSL... hari nie pun memang x rancang nak cuti. gerak akim mcm biasa n masa akim tgh wat aktiviti, "ibu... akim sakit perut, dada akim pun sakit, sakit sangat2 ibu".. aku nengok muka dia pun pucat gak... mungkin masuk angin, sapu pewot dgn minyak yu yi qiera suruh dia baring dulu... next aku nengok farisya lak... dia dah demam dari khamis lagi, time aku nyaris x g exam KPSL, dah g klinik ambil ubat still x elok lagi, dia demam malam, siang agak cergas dan bila malam lemah-longlai badan.. ciyan benar aku nengok.. susu langsung x sentuh sejak khamis hingga pagi tadi... so keputusan memang hari nie aku emergency leave, utk anak2 tersayang.

and cuti aku dah tolak sehari.... inilah 1st time aku ambil cuti... untung tau bersalin awal tahun, jimat cuti hehehhehe so pada kenkawan yang tgh rancang nak tambah anak atau baru kahwin tue... cuba2 lah usaha bersalin awal tahun yer...
kita hanya merancang selebihnya ALLAH S.W.T yg menentukan.

Di kesempatan ini juga, aku nak ucap tahniah buat zaa, nini n ain di atas kebahagiaan yang baru diperolehi. moga happy n tabah dalam mengharungi dunia baru.
TAHNIAH yer...

so godek2 lappy nie ada gak gambar yg belum post kat blog... bole ler layan... zaassssssss

gambar nie last month masa aku kat muo nak balik ke puchong...





^__*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TQ

Ai, takkan tengok je.:) TQ, friends