tq.... sudi klik ^_*

"Terima Kasih Sudi Jengah Blog Saya"

Tujuan blog ini di tuliskan adalah untuk merekodkan segala kenangan terindah dalam meniti kehidupan harian.... Kisah suka, duka, pahit, manis silih berganti membuatkan saya menjadi seorang yang tabah, cekal dengan semua ujian Allah S.W.T

Sebagai manusia yang tidak sempurna, MAAF di pohon andai tulisan/luahan/bicara saya menyentuh perasaan.

mencari hadiah utk insan tersayang.... klik sini utk surprisekan mereka

teRimA kaSiH kaWan-KawAN ^ __ ^

Salam, Tinggalkan LiNk anda utk sy TerjaH seMuLa ^ __ ^

so sweet ^ __ *

Saturday 22 May 2010

UBAT HATI

Assalamualaikum n selamat pagi sabtu :)

baru baca blog kak lyn , sangat respect dgn semangat kak lyn, harap aku setabah dia....

nie sy copy kan k... untuk amalan bersama

renungilah kata-kata Ibnu Qayyim dengan hati yang terbuka :

"Sesungguhnya dalam hati ada satu koyakan yang tidak boleh dijahit melainkan melainkan dengan bertemu Allah. Di hatimu juga ada satu kesunyiaan yang tidak dapat diubati melainkan dengan bersendirian bersama Allah. Di hatimu pun ada kesedihan yang tidak mampu dihapuskan kecuali dengan mengenali Allah, Di hatimu ada kegelisahan yang tidak dapat pergi melainkan kamu pergi kepada Allah, Di hatimu juga ada gelodak api (marah) yang hanya dapat dipadamkan dengan redha kepada Allah."

maknanya nya ubat untuk hati hanyalah satu iaitu mendekatkan diri kepada Allah. Allah yang menguasai hati kita, so tak perlu lah kita cari jalan lain nak sejukkan hati or nak tenangkan hati.

kata Imam Al-Ghazali pula ramuan ketenangan hati boleh dicari di 3 tempat " Carilah hatimu di 3 tempat. pertama saat membaca Al-quran, kedua ketika solat dan ketiga sewaktu mengingati mati. Apabila kamu tidak menemui hatimu di ketiga-tiga tempat itu maka ketahuilah bahawa kamu sebenarnya tidak memiliki hati"

yes, inilah ubat sepatutnya.... harap sy dpt sihat dgn ubat ini... TQ kak lyn atas info yg berguna :)

I

Sanggul Arab

Assalamualaikum n selamat malam....

Agak tak up to date fesyen saya ini.... baru perasan fesyen tudung sanggul arab nie... kalo x silap last week saya ternampak seorg pegawai dari sebuah kementerian memakai style mcm nie...time tu memang dh ter"minat" nak memiliki satu koleksi tudung sanggul arab ini :) masa tu sy as urusetia utk mesyuarat, mula2 ditugaskn di kaunter registration n terima arahan dari Puan Sherry minta masuk dlm mesyuarat sekali membantu jg slide presentation, n Pn Erna kena ambil minit mesyuarat... thanks to my boss coz bg peluang sama dlm mesyuarat tu coz byk perkara saya belajar.... sy dah suka dgn kerja sy sekrg ini :) mcm baru tersedar dari mimpi yang buruk.

opsss suka tersasul saya ini, berbalik dgn fesyen tudung sanggul tu, rupanya2 x bole pakai tudung macam tu... so x yah beli k

Mari kita kongsi hadith dimana Rasullah bersabda :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

yang bermaksud :

Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :

2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.

* Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.

Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bentuk pakaiannya adalah ketat (berpakaian tetapi umpama telanjang) yang menunjukkan bentuk tubuh.

Dinyatakan oleh Rasulullah Saw ikatan rambutnya umpama bonggol unta, iaitu sanggulan rambutnya diikat hingga kelihatan seperti bonggol unta (membulat di atas kepala,jelas kelihatan). Kalau kita tengok pada hari ini bukan setakat seperti bonggol unta, tetapi sudah berbagai-bagai bentuk dengan sangul, ikatan dan toncang.

Malah yang memakai tudung pun masih kelihatan bentuk sanggulan rambutnya yang berada di bawah tudung itu,maka tujuan untuk memakai tudung tidak tercapai. Sewajibnya, tudung itu mestilah sempurna sifatnya yang menudung rambut dan bentuk rambut.

Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bahawa cara berjalanya adalah berlenggang lenggok menggoyangkan pinggulnya. Hari ini bukan sahaja berjalan berlenggang lenggok, malah perempuan hari ini menari menggerakkan semua tubuh bukan sahaja pinggul,semua tubuh!

Dan dinyatakan oleh Rasulullah Saw sebagai balasannya, bahawa perempuan sebegini tidak akan mencium bau syurga. Dan bau syurga itu boleh dicium dalam jarak sebegini dan sebegini (perkataan sebegini dan sebegini itu tidak dinyakan berapa jaraknya, tetapi ianya ingin menunjukkan bahawa bau syurga sudah pun boleh dicium dari jarak jauh)

wallahualam..... just for sharing

p/s: hubby i baru kuar g kejer hmmm kalo dh standby selalu mcm tue kena kejer x tntu masa.... :(









Friday 21 May 2010

You Body can fit size s to m :)

salam sejahtera....

isnin baru nie, lunch hour lepas hntar baju sekolah hakim terus ke keep slim di presint 15, putrajaya. itu pun sbb terpaksa coz dah terbeli trial dgn bayaran rm29.00.

bg sasaper yg terlebih duit, memang berbaloi g situ coz dia sbg reward buat kita. sesekali kena manjakan diri k. al-maklum kalo dh trial kena gak dengar dia bg consultation.... timbang berat mcm agak trkejut gak coz turun 2kg. Miss tu ckp "you body can fit size S to M"!!! wow mcm x caya jer, dpt pakai size L pun dah cukup hehehheh :) itu nnti dah kurus sgt kan.... berat pun paling ideal 47kg to 50kg jer oooooo sekrg nie dah trlebih sudah huhuhuhu

biasa lah miss tu pun pujuk rayu mcm2 suruh ambil treatment seterusnya. nasib ada pengalaman sebelum nie... so saya dpt tepis pujuk rayu nyer hehheheheh :)

setakat ini utk ari nie.... nnti sambung kemudian nak buat 5S k :)






Thursday 20 May 2010

Alhamdulillah....

Assalamualaikum n salam 1 malaysia,

akhirnya settle juga... entah lah.... semenjak dua menjak aku dah banyak belajar or ambil berat apa yg brlaku :) sebelum ini aku x kisah apa yg dikata coz aku sntiasa think positif.... tapi tu lah as normal human being, ada benda2 yg akan trusik jua akhirnya... yer lah saya terlalu sangat nak jaga hati n perasaan org, n saper lak yang nak jaga hati saya skrg ini.... huhuhuhu TAK ADA PUN

tak per lah x kisah, skrg nie pun dah trlalu sibuk dgn urusan kerja n confirm balik rumah bz lak dgn anak2..... itu semua ujian ALLAH buat saya kan....

akhirnya terkeluar juga apa yg x puas ati dari kawan, aku redha apa yg diucapkan... dan time tu juga aku beremosi juga utk menjelaskan keadaan yang sebenarnya dan pada pandangan kawan yang aku ini terlalu berKERAS, n BERAT TULANG.... ok nie pun tgh diet lg, supaya x berat lagi hehehhe :)

OMG.... entahlah memang silap aku gak, x bercerita apa yg saya lakukan, saya ingat kalau kita ikhlas buat sesuatu tak perlu war war kan apa yg kita buat, rupanya silap, setiap apa yg kita lakukan perlu diberitahu satu dunia agaknya :)

seingat aku, dalam tempoh satu minggu semua nak kena buat. nak minta duit dgn org bukan senang sebenarnya... bukan sekali jalan dah complete collection... ada macam2 ragam, semua nya aku simpan coz ini membuat aku lebih mengenali siapakah mereka :) pahit dan manis semua ada.... dan x semua benda kita sbg ajk bole buat tanpa bantuan rakan2 yang lain..... biasa lah bila dah pot luck tue, trpulang lah pada sasaper nak bw makanan, and saya yg memang suka memasak pun bw juga something dari air tangan saya sendiri, walau sikit k.... pada pandangan org lain mungkin simple but its difficult. dgn keadaan anak yg masih kecil, dan still susu badan yer... true, until saat ini faqiera akan bf bila saya ada di rumah.... hanya ALLAH saje yg tahu, nie pun tgh survey any tablet kesihatan yg sesuai... multivitamin, calcium or spirulina... byk brand sekrg nie kan, tp x tau mana yg bagus :)

huhuhu tersasul pulak :) pada pg b4 majlis itu, smpai ofis letak handbag n terus hntar anak... pas tu terima sms dr amira dah smpai kt ofis... x sempat nk tarik nafas, rushing balik ofis ambil duit n turun jumpa amira ambil kek... huhuhu kalo di kira 30minit aku brjalan tnpa non stop.... saper yg sanggup buat? x kan ini pun nak hebohkan... opsss lupa nk citer pampers faqiera x bw, tgk dlm chest drawer ada satu.... huhuuu nie pun satu masalah gak, so lepas makan2 aku balik rmh ambil pampers... yg nie silap aku kuar x ckp dekat SEMUA orang, so persepsi org saya BERAT TULANG coz sy tak ada time majlis makan2 brlangsung.... hmmmmmmmmmm

tak perlah dugaan ALLAH, x semua sama fikiran kan :)

Tuesday 11 May 2010

Gambar sesajer

salam, kali nie edisi bergambar yer.... layan jer lah :)

gambar nie... aktiviti last week 9 May 2010, 4.30pm @ Ice Room, Nilai


nie lah rupa "strawbery ice cream"

bawah nie gambar masa g mandi kat Hot Spring Sg Klah, Sungkai, Perak.... 17 April 2010

nie suhu kolam air panas.... best rendam kaki di suhu 42c, berpeluh2 mcm berlari lah....
x puas mandi kolam air panas nie... next time nk g sana lagi

sedap.... beza rasa 


inilah aksi anak2... yang x takut air....




Monday 10 May 2010

Ice Room @ Nilai

Assalamualaikum n hi friends....

Akhirnya kami sampai di ice room, sedap nyum3
Walau batuk belum reda, makan jugak aiskrim disini....

nie angkara nengok citer jalan-jalan cari makan@ tv3, kalo x silap episod bulan april ari tue....bermacam2 pilihan aiskrim di sini, kami sekeluarga memang suka mkn aiskrim... asyik sebut nak p tapi x smpai2... semlm secara x sengaja, kami dh smpai dan merasa aiskrim yg serina makan tue... rege pun x lah mahal sgt.

sampai kedai.... seat penuh, memang ramai peminat aiskrim, walau cuaca time tu dah petang n baru lepas hujan dlm kul 4.30pm. pusing2 last dpt gak tempat duduk. kami order 3 jenis aiskrim, aiskrim strawbery utk akim, kakak sya mkn aiskrim durian, ibu n ayah share nut aiskrim n wan tan for qiera.... next bole dtg lagi dgn perut yg kosong, bole order side dishes yg lain....

yg nie farisya punya "durian"


Wednesday 5 May 2010

MOTIVASI LAGI

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia...

received email from my hubby, before nie dah baca dah, utk ingatan berpanjangan better publish dlm blog, next time boleh preview :)

tapi yg aku musykil dan hairan, bila kita nak berubah kearah kebaikan, mesti menjadi ISU or PERTIKAIAN.... entah lah... x lah drastik sangat

Umpamanya:

1) Dari bujang, kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.
2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..
3) Badminton ----- Golf ----
4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...
5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...
6) Tv 14' --- 21" --- 29" ---- Home theather...
7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..
8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan
glamour...
9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----
laut dalam (sewa bot mewah)......

TETAPI... KITA JUGA LUPA...

SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
KITA.... DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA

DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN..."ON LOAN"...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH "PERSEDIAN UNTUK MATI"

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang---jadikan amalan....
2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...
3) Bangi ---- madinah ---- mekah---
4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/
5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/mesjid....
6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....
7) 3 jam baca suratkabar/majallah/internet ----- 2 jam majallah/surat
khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan....

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur........

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE... bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih

benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu...

malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan... dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...

infiniti...

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3.Orang berpuasa di hari Arafah."

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassallam.









Monday 3 May 2010

MOTIVASI UTK DIRI

salam,

sekrg nie memang suka membaca... ntah rasa otak nie kena cuci dgn ilmu2 utk memotivasikan diri.... yg latest malam tadi baca blog kak lyn "2 tahun nak beli syurga Allah????"..... INSAF sungguh....

kata ustaz zamri... kita hidup kat dunia ni dalam lingkungan 60-70 tahun.

so kita ambik average 65 tahun hidup di dunia

tolak 15 tahun (umur baligh.. kalau lelaki lah). lepas baligh kan dosa pahala kena tanggung sendiri

tolak lagi 15 tahun ( kalaulah kita tido 8 jam sehari nescaya kita ambik masa 15 tahun untuk tido shj)

tolak lagi 17 tahun (kalaulah kita bekerja 12 jam sehari nescaya kita ambik masa 17 thn utk bekerja)

tolak lagi 2 tahun ( kata ustaz zamri, solat 5 waktu paling lama ambik masa 10 minit, tapi kalau profesional maybe dlm 5 minit je, amatur pulak 1 minit... masa nih aku tergelak kecil.. ya lah kadang2 kita nak cepat2 je abiskan solat.. tapi dlm ketawa kecil tu tersentuh gak hati sanubari.. 10 minit 1 waktu kalau 5 waktu 50 minit.. nak mudah bundarkan kepada 60 minit mean 1 jam sehari kita solat n kalau dihitung kita solat hanya 2 tahun sahaja)

2 tahun sahaja yang betul-betul dikira ibadah. tu kalau solat tu betul2 diterima ALLAH. 2 tahun mampukah kita nak beli syurga Allah? ya Allah... bila dengar camtu rasa seram sejuk pulak. nak dibandingkan dengan kita kerja n tido yg lebih lama dari ibadah sebenar... takutnya.......

tapi kata ustaz lagi... camner kita nak buat?????

so kita jadikan bekerja kita tu sebagai ibadah juga. jadikan tido kita sebagai ibadah juga selain solat yg memang ibadah. so nak buat camner????

mulakan kerja dengan doa dan niat kerja kita hari ini sebagai ibadah. kalau waktu rehat kul 1-2 ptg tu kita dibyr gaji, so rehatlah pada waktunya... dan macam2 lagilah...

kesimpulannya... semua ini menyedarkan aku yg selalu alpa dgn kehidupan ini. matlamat di dunia dgn kehidupan yang kekal di akhirat... Ku mohon padaMU ya Rabb, kurniakanlah kepadaku lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, hati yg penuh segar mensyukuri nikmatMU serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMU... amin


^__*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TQ

Ai, takkan tengok je.:) TQ, friends