tq.... sudi klik ^_*

"Terima Kasih Sudi Jengah Blog Saya"

Tujuan blog ini di tuliskan adalah untuk merekodkan segala kenangan terindah dalam meniti kehidupan harian.... Kisah suka, duka, pahit, manis silih berganti membuatkan saya menjadi seorang yang tabah, cekal dengan semua ujian Allah S.W.T

Sebagai manusia yang tidak sempurna, MAAF di pohon andai tulisan/luahan/bicara saya menyentuh perasaan.

mencari hadiah utk insan tersayang.... klik sini utk surprisekan mereka

teRimA kaSiH kaWan-KawAN ^ __ ^

Salam, Tinggalkan LiNk anda utk sy TerjaH seMuLa ^ __ ^

Follow by Email

so sweet ^ __ *

Tuesday, 27 December 2011

BE ada balik *_*

salam bismillah.....

tak ada 1 pun entry dalam bulan disember nie.... aktiviti ada, cuma masa x mengizinkan ^_^

lama dah x buka nuffnang, tgk ada satu BE hehehehehe yg lama ada 7BE yang dah jd ME hehehehehe kesian kan... puan tanah x nyempat lah.... almaklum blogger air suam jer

x lah dpt earning byk pun.... x cukup lagi nak cash out kan....insyAllah akan cuba update apa2 yang patut :) lama juga tak tinggal kan jejak kat blog kengkawan.... sorry yer *_^

tinggal seminggu anak2 nak ke sekolah semula..... dan time tue juga tambah sorang lagi anak yg akan ke sekolah..... bestnyer.... x sabar nak tgk anak dara ke sekolah


Thursday, 24 November 2011

too sad :(

salam bismillah,

malas..... penat..... sedih..... gembira..... pilu..... sakit..... kecik hati..... bole kata semua rasa dapat di rasai....... hmmmmm

byk entry masuk draft jer..... story tanpa gmbr x menarik kan..... kesudahnyer smpai hari nie x bawa usb cable :( kamera memang sentiasa jer dlm handbag :) al-maklum dah dapat kamera baru yg ringan dan comel... senang di bawa ke mana-mana, kamera lama dah rosak huhuhuhu....

awal bulan baru nie atuk bukit aka atuk abg i, telah meninggal utk selamanya..... atuk bukit meninggal pada umur 95 tahun pada 4 November 2011, Jumaat.... memang sy agak rapat dgn atuk bukit nie.... opsss kenapa yer kami panggil atuk bukit.... coz rumah atuk nie kat bukit treh, muo.... tue yg di panggil atuk bukit

Kalo kami balik kg, dia request nak makan macam2.... as cucu, dah balik bukan selalu kan cuba lah tunaikan apa yg di request tue... seingat sy 1st makanan yg sy masak sup ikan tenggiri, lepas tue atuk bukit suka makan sotong goreng tepung... lagi2 dia suka makan yg tang janggut sotong... tapi sy x masak ek.... order saja dekat sabak awor, medan ikan bakar kat muo nie. pernah dia marah kat saya coz x nak ambil duit dari atuk bukit dia minta beli sotong goreng khas untuk nya sahaja.

kali nie kalo balik kg, dah x semua aktiviti nie.... sooo sad.... entah x tau nak di gambarkan perasaan nie.... dah x org nak bg nasihat... dah x nampak atuk bangun 2 pagi utk mkn.... atuk rajin bercerita, sy memang respek walau umur dah banyak, ingatan dia kuat..... katanya pd saya satu hari tue...  nak tau mcmana sakitnya api neraka tue.... cuba bakar satu jari tangan kita, kalo sakit itu baru sikit n cuba bayangkan kalo seluruh anggota kita di bakar..... nampak mcm sy nie budak kecik yg dinasihatkan oleh ibunyer kan...... tapi sy syukur, atuk nasihat sbb dia sayangkan saya..... al-fatihah

tanda-tanda akhir nyawa nyer pun sy dpt rasa..... ingat kali terakhir sy jumpa atuk, time balik kg majlis tunang adik ipar awal oktober lalu.... genggaman tgn atuk lama, kata2 akhirnya buat sy menitis air mata.... memang sy dh menjangka ia akan brlaku.... cuma sy x sempat nk jumpa atuk di hujung nyawanya itu :(


al-fatihah buat atuk esah.... x lupa juga buat mak mertuaku hajah fatimah, atuk shariff n atuk abu bakar.... juga buat kak syima, busu ana dan muslimin dan muslimat lain..... semoga tenang dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman....... aminnnnnnn

Wednesday, 23 November 2011

Hat! Yang Cedera

salam bismillah....

senyap kan blog nie..... tue lah puan blog nie tercedera :( 
Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,
Bila hati sesak dengan karenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada,
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.

Bila akal lupa tujuan asal hidup,
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.

Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.

Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.

Bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain,
Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.

Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,
Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.

Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.

Bila diri terlalu banyak beralasan,
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.

Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,
Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia.

Hati itu bukan hati aku lagi..
Heal my heart ya Allah..
Bless me with a new heart..

- Artikel iluvislam.com

Thursday, 27 October 2011

!bu yang exc!ted leb!h

salam bismillah,

Alhamdullilah, anak ke dua dapat masuk pra-sekolah di putrajaya nie *_*
sebenarnyer dah register n survey banyak tempat juga
hmmmm hati berat kt sekolah n farisya pun excited nak ke sekolah :)



excited punya pasal, weekend hari tue dah belikan kasut sekolah hihihihihi
lagilah dia bersemangat nak ke sekolah...
suruh buat latihan pun laju jer dia siapkan

beli 5 pasang kasut
3 pasang untuk anak bujang
2 pasang untuk anak dara nie
sbb dapat harga offer yg baik punyer :)
lagi pun stok ada
kalo tunggu cuti sekolah... confirm x stok
so bajet kasut dah settle

motif nyer ibu yang over excited hihihihihi
n yg penting dah besar anak2 ku
dua2 dah ke sekolah

ini lah dua org yg nak ke sekolah 
si bulat farisya masa tecit-tecit..... bulat kan.... hmmmm geram nak gigit

ok.... nie gambar agak latest :)

Thursday, 20 October 2011

Give Aways Template dari Cik Nurfarah

salam bismillah,


dah lama x join GA nie jom ramai-ramai join GA by Cik Nurfara

kreatif n menarik blog dia, ada tutorial lagi sila klik sini yer http://bicarafarah.blogspot.com

saya tag 3 orang yer


Wednesday, 19 October 2011

*_* Peringatan untuk diri *_*

salam bismillah,


Kalo kita rasa kita miskin harta, ramai lagi yang lebih miskin dari kita. 
Sekurang2nya kita masih mampu makan dan minum.
Kalo kita rasa kita kaya, jangan kita riak. 
Bantulah orang lain yang sedang kesusahan.

Kalo kita fikir kita buruk rupa, sekurang-kurangnya jangan kita buruk perangai..
Kalo kita rasa rupa kita ni cantik, ramai lagi yg lebih cantik berbanding dengan kita.
Orang yang rupa cantik tetapi buruk perangai adalah lebih keji......
Jangan menilai sesuatu dari luaran semata-mata kerana yang cantik itu belum tentu berkualiti....*_*

Kalo kita rasa hidup kita sunyi, dekatilah diri dengan Al-Quran
Kalo hidup kita terlalu sibuk dgn urusan dunia, ingatilah bekalan akhirat juga perlu diutamakan

Kalo kita rasa kita miliki segalanya, bersyukurlah dengan nikmat Allah.
Kalo kita kehilangan sesuatu yang paling kita sayangi, ingatlah itu semua hanya pinjaman sementara

Mungkin kita fikir diri kita sudah cukup baik, hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Mungkin kita rasa diri kita bagus, hanya kita yang tahu nilai diri kita sendiri.
Mungkin kita fikir kita cukup sempurna dari segala segi, ingatlah hanya Rasulullah yang maksum.
Kadang kita tak fikir sesuatu tindakan kita boleh melukakan perasaan orang lain, jadi lah seorang yang bertimbangrasa daripada bertindak untuk memuaskan hati sendiri.

"Jagalah fikiranmu kerana fikiranmu akan menjadi ucapanmu"
"Jagalah ucapanmu kerana ucapanmu akan menjadi perbuatanmu"
"Jagalah perbuatanmu kerana perbuatan akan menjadi sifatmu"
"Jagalah sifatmu kerana sifatmu akan menjadi karaktormu"
"Jagalah karaktormu kerana karaktormu akan menentukan nasibmu"

p/s: ingatan utk diri ini yg kadang2 leka n lupa.... 


Tuesday, 11 October 2011

8 Pembohongan Ibu Kepadaku !!!!!!!

8 Pembohongan Ibu Kepadaku!

sumber : http://www.iluvislam.com 

Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong!

Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.

Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua.

Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!

PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA - Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.

Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.

Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.

Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.

Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.

Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".

PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA - Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.

Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.

Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.

Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.

Saya sedih melihat mak seperti itu.

Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."

PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA - Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.

Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.

Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk.

Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."

PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT - Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.

Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan.

Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.

Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.

Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.

Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum.

Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."

PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA - Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.

Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.

Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.

Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.

Anehnya, mak menolak bantuan itu.

Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.

Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.

Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."

PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM - Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua.

Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu.

Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.

Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.

Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."

PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH - Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.

Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.

Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.

Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.

Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami.

Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.

Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.

Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."

PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN - Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser.

Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.

Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.

Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.

Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.

Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.

Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata.

Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.

Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini.

Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit."

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.

Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK!

Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Mak, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN MAK...!!!

Wednesday, 5 October 2011

JOM REGISTER ^_*

salam bismillah,

korang pernah makan kat The Manhattan FISH MARKET.... saya x pernah lagi makan, n ada ler nengok kawan2 g mkn situ mcm sedap jer... tue yang mengidam teringin nak rasa... tgk web site nyer menggoda iman :)

lagi pun bulan oktober nie bulan spesel sikit, birthday abg i, tue yg ngidam nak mkn kat situ hihihihihi lagi pun mcm org ngantuk di sorongkan bantal.... rezeki pun datang bergolek dapat diskaun 50% order online :) jom ler kengkawan register kat sini GROUPON.COM  ........... It's Free :)

cukuplah makan kami sekeluarga...

nie my 1st order :)

nie 2nd order :) baru order semlm ^_*
bila nak g makan x sure lagi hmmmmm
hari yg sepatutnyer, kemungkinan besar balik kg
so celebrate awal seminggu lah 
hadiah? x decide nk bg aper?
thanks yer abg i dapat hadiah triple lagi :)
disember nnti lain pulak yer hihihihihi

Wednesday, 28 September 2011

hadiah Syawal

salam bismillah,

dapat hadiah dari abg i dia beli pun tanpa saya ada sama.... sebelum raya hari tue, abg i bawa 3 org anak ke giant kota damansara.... saya kat rumah membantu mak masak lauk2 utk raya esoknyer

nak tau hadiah aper.... mesti korang imagine baju kebaya, kurung, jubah tak pun.......................................................................... pak habib hihihihihi emas tgh mahal sekrg nie.... cukup lah kasih sayang jer :)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ok lah.............. nie hadiah dari abg i......... thanks yer abg..... abg bagi hadiah nie, saya terima dgn suka hati :)

 belum di rasmikan lagi :)
memang ngam dgn saiz saya.... mcm sayang jer nak pakai

korang tau tak aper maksud hadiah nie ?????????

maksud nyer....
abg i suruh saya exercise lebih kerap lagi 
hihihihihihi 
x alasan dah kasut sukan cuma ada 1 jer
so nie dah ada 2 so bole silih ganti

bukan aper sejak kejadian MaLanG Tak beRBaU saya dah fobia nak berbasikal tapi exercise yg paling sy suka adalah berbasikal tak terlalu penat :) tapi berpeluh yang paling banyak

minggu nie bole lah start.... musim open house dah abis, boleh lah berexercise n beriadah bersama family tersayang......

Thursday, 22 September 2011

Berhati-hati kepada kaum wanita

salam bismillah,

Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.

Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis.

Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..

Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka,

Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.

Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!

Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!

Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :

1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.

2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.

3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!.

Be extra careful,ladies...Please pass this on to all the entire ladies out there and also men who love their ladies!!!..

by Mohd Azaharin Muda on Sunday, September 18, 2011 at 8:05pm


Wednesday, 21 September 2011

1st trY *_*

salam bismillah,

nie citer semlm petang... patut mlm tue ada jamuan raya ofis abg i buat, tapi jauh nun di sana bukit damansara... kalo dari Puchong mau menempuh jammed yg amat tue... so surrender lah yer.... x per lah last year dah pergi.

ptg semlm memang dah plan gantung kuali coz nk bw anak2 ke klinik then nak makan char koay teow yg sedap berdekatan klinik suraya @ Putra Perdana. kedai buka tapi stall yg buat char koay teow tutup :( nasib sy x peknen kalo tidak meleleh ayaq liuq :)

kononnyer nk makan kt dlm carrefour@puchong utama, kat situ pun x byk pilihan gak :( n last decide mkn kat luar carrefour hihihihihi nak makan pun susah nk buat pilihan, sebelum keluar carrefour trnampak satu kedai nie :) dah byk kali try nak singgah.... asyik x lepas permit jer :( SUBWAY

so smlm tapau 1 bungkus subway nie... ok gak rasa nyer.... tapi kalo buat sndiri pun boleh juga hehehehehe


anak dara saya *_^



 kakak tgh merajuk dgn qiera.... mengalir air mata

dinner sy < sos yg byk nyum3x >

dinner abg i dgn anak2 < nasi goreng pattaya, sup ekor, telur dadar, nasi putih >
1st time gak mkn kedai kawanku @ Puchong Utama
besar kedai nie 2 shop lot.... sedap n harga pun murah


Thursday, 15 September 2011

story menjelang SyawaL 2011

salam bismillah,

x story nak citer, tp sedey raya kali nie camera rosak di pagi raya... dapat snap 2 keping gambar then lense x berfungsi dah.... tue x byk sgt gmbar2... yg penting raya dapat bersama family tersayang, sedara-mara tue yg penting :)

cuti raya ambil awal gak, walaupun beraya di kota damansara dulu... nak keje pun ramai yg dh brcuti... so kesempatan yg ada rehat2 kan diri n ngemas2 apa yg patut... tp sama gak mcm x kemas jer....

Sabtu, 27 ogos tue.... kuar rmh g ambil baju yg ditempah.... 2 tempat kena pergi... yg girls n boys tempah kt tailor lain2... g cari manik2 yg nak di tampal lagi.... n hari tue dpt gak berbuka puasa di chop n steak, serdang :) lepas dah makan2 tue g singgah kat mines, x shopping aper pun beli baju tmbahan utk anak2 jer.... settle semua abg i ajak singgah pulak bazaar larut malam kat mines tue.... sebenarnyer badan dah ponat tp x pernah singgah situ..... alang2 dah berjalan tue... biar sampai fengsan :)

kat bazaar x beli aper pun.... beli brg abg i dgn anak2 juga.... huhuhuhu x satu pun brg utk saya .... sampai rumah pukul 2 pagi..... anak2 memang penat betul..... saya pulak x terus tido kay.... sibuk pulak tampal batu kat baju raya tue, excited kan.... dalam sibuk2 menampal batu2 tue, tgk jam dah kul 4... kalo nak tido confirm x bangun sahur kan.... so memasak lah pulak utk sahur tue.... kul 5 gerak hakim n abg i, makan2 siap ngemas apa yg patut kul 6.30pagi..... saya pun zzzzzzzzzzzzzzzz

bangun pun x lewat maner... kul 9 dah terjaga, sibuk pulak membasuh baju raya tue..... packing 2 jenis beg. 1 beg balik kota damansara n 1 lagi beg balik muo..... petang ahad tue kami berdesup balik kg...... kota damansara..... nasib jalan clear.... x jammed pun ^_*

 nie lah baju kami sedondon tue.... tahun nie ambil kain satu papan.... cotton

sambung next entry yer *_^


Monday, 5 September 2011

SALAM LEBARAN

salam bismillah,


Secebis KASIH buat kita sayang...
Seucap JANJI buat kita percaya...
Sekecil LUKA buat kita kecewa...
Tetapi......
Sebuah KEMAAFAN buat kita jadi mulia

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN


Thursday, 25 August 2011

Ramadhan Terakhir

salam bismillah,

hari nie last episod citer Ramadhan Terakhir, sedih cerita nie.... episod semlm menitis gak air mata :(

kisah kehidupan yang penuh pengajaran.........


sinopsis:
Hashim merupakan seorang usahawan berjaya yang hidup mewah bersama isterinya, Mazni serta anak-anaknya Daniel dan Anna. Kehidupannya dahulu yang hanya mengejar kemewahan dan nikmat dunia mula berubah setelah dia disahkan menghidap penyakit kanser tahap kritikal. Kesal dengan dosa dan perangai buruknya selama ini, Hashim mula menjalankan ibadah sebagai umat Islam dan merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan keluarganya.

Apabila beliau cuba menasihati ahli keluarganya supaya bertaubat dan mengikuti jejaknya untuk membuka pintu hati kepada Allah, tiada siapa mengendahkan nasihatnya. Hashim berusaha menjejaki Khadijah, isteri pertama yang telah ditinggalkannya. Malangnya Khadijah telah meninggal dunia dan anak-anaknya kini hidup dalam kemiskinan.

Kehadiran seorang gadis solehah, Sakinah sebagai pembantu rumah keluarga Hashim memberi harapan kepadanya supaya Sakinah dapat memberikan contoh yang baik dan membimbing Mazni dan anak-anaknya ke jalan yang benar. Identiti sebenar Sakinah akan memberi kejutan kepada Hashim dan ahli keluarganya.

Apakah Hashim mampu merealisasikan impiannya untuk melihat ahli keluarganya berubah sebelum ajalnya? Sama-sama kita menonton drama lakonan Esma Daniel, Fazlina Dato Ahmad Daud, Tasha Shilla, Aeril Zafril dan Eyka Farhana pada setiap Selasa hingga Khamis, jam 10.30malam mulai 26 Julai 2011.

Wednesday, 24 August 2011

kisah ramadhan 2011

salam bismillah,

aci x kalo sy update terus makanan sepanjang ramadhan nie :) x sempat ler.. nengok blogger2 yg lain rajin jer update *__^ sy kurang rajin sikit......

yang penting kali nie sekali jer kami berbuka di luar@kedai.... tugas abg i setiap ramadhan beli kuih-muih.... tugas sy masak nasi n lauk sejenis dua jer...... cukup sudah...
kuih-muih pun dah bole agak apa yg cik abg i beli.... pi mai pi mai tang tue kuih yg sama jer dok pusing hihhihihi, TQ yer abg i membeli juadah berbuka  :) ntah saya x lak teringin nk makan macam2 ^__*

nie antara yang sempat di snap :) coklat tue pun jadi juadah berbuka ayah n anak2
yg suka mkn coklat.... dah masuk packet ke 2
x sempat nak jamu kat org, 100 percent coklat n sebiji badam

 sama mcm menu kat atas hihihihi sehari jer rajin snap.... 
hari lain x sompat

nie time berbuka kat kedai D'Arab Cafe, Puchong Utama..... 
makanan ok gak, tp dtg makan time pose nie x cukup utk 5 org hehehehehe
order 1 set dulang lamb khabshah n roti pita

dah x cukup makan tue.... g kedai sebelah pulak :)
order 2 regular dominos .... 
sampai rmh x sempat snap abis di makan oleh anak2

lepas tue @ ofis nie ada buat moreh seminggu sekali, 
di mula kan dgn nasi ayam penyet n kuih tako by zon delima

nie pulak zon saya.... pulut kuning dan talam tepung

yang nie dari zon zamrud... dapat semlm... 
yg special curry puff ikea tue :)

terima kasih kepada semua yang menyumbang juadah berbuka pose nie yer... 
Semoga kita semua di murahkan rezeki oleh Nya.... Amin

Alhamdullilah... rezeki ramadhan kali nie ada gak duit raya dari Hamba Allah.... TQ yer.... dapat lah berbelanja sikit :) bonus dari gomen pun dpt gak.... cukup lah baru keje 6 tahun so bonus pun dapat 500++ hihihihihi Alhamdullilah ada gak kan, dari x dapat aper2 tue... tunggu duit raya dari abg i pulak




nie pun salah satu rezeki ramadhan.... masuk tahun ke 2 dapat kad raya dari bsn nie
TQ BSN


yang paling berharga sangat dapat buku Yaasin dan Amalan Pilihan nie....
semoga saya bertambah keimanan dan keinsafan

yang best yaasin nie ada di tanda  kod warna bagi panduan bacaan
yang mana perlu 6 harakat, dengung, qalqalah dan sebagainyer




Tuesday, 23 August 2011

" mana mak "

salam bismillah,

Jam 6.30 petang. Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, "Along mana?"
Mak jawab, "Ada di dapur tolong siapkan makan."
Ayah tanya Mak lagi, "Angah mana?"
Mak jawab, "Angah mandi, baru balik main bola."
Ayah tanya Mak, "Ateh mana?"
Mak jawab, "Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?"
Ayah tanya lagi, "Adik dah balik?"
Mak jawab, "Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik."
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, "Mana Mak?"
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, "Tak tahu."
Ayah tanya Angah, "Mana Mak?"
Angah menonton tv. Angah jawab, "Mana Angah tahu."
Ayah tanya Ateh, "Mana Mak?"
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab,"Entah."
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, "Mana Mak?"
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. 
Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, "Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!!!"
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya "Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, "Mana mak?"
Hanya Adik yang jawab, "Mak dah tak ada."
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


kisah st3via II

salam bismillah,

ingat x entry saya yg lepas tentang pokok stevia.... memang susah nak dapat, try google mostly diaorg jual anak benih dalam kuantiti yg banyak.... time balik muo yg lepas abg i, ada tipon ke taman herba nasuha di batu pahat pun dia x jual pokok stevia nie... katanya nak tengok jer boleh...

kalo dah rezeki tak ke mana kan, ahad lepas abg i ke giant seri kembangan with anak dara sorang nie Farisya Humaira, jumpa lak pokok stevia nie.... Alhamdullilah ^__*

kata abg i lagi, time dia nak balik tue baru dia perasan farisya x dgn dia..... huhuhuhuhu katanyer dekat 15 minit gak dia mencari Farisya nie n last jumpa kat luar giant :(

saya tak ikut coz, sy dgn mak kat rmh tgh senang-lenang busy buat kuih kapal terbang aka kuih lidah kucing..... tue yang x follow.... hmmmmmmm tue lah saya nie memang kuat membebel, pantang diaorg leka sikit, mula mulut nie ternganga nak membebel, x nak perkara mcm nie berlaku lah.... macam-macam budak2 nie

nie lah pokok nyer.... kurang jelas coz di subuh dinihari hehehehehe

camera pun x cukup cergas nak berkerja


^__*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TQ

Ai, takkan tengok je.:) TQ, friends