salam bismillah,
drama nie dah lama ditayangkan kt astro n biasanya tgk x pernah abis hihihihi :) dan mlm td brksempatan tgk sampai n sy nangis yg sesungguhnya :( sedih sesangat hehehhehe nie yg over coz tgk sensorang.... kalo ada hubby n anak2 sy control sikit . ending yg bagus...
lakonan leez AF dan Shaarnaaz, kenakalan dan sikap nakal Andy ni lebih kurang macam drama Ali Setan, hero yang nakal dan jahat tapi mampu memikat hati heroinnya :) sy sangat suka cerita Ali Setan.... dulu time muda bergetah harapkan cinta mcm nie gak hihihihiihih.... abg kalo baca jgn gelak ek hehehehehehe tp cerita cinta kita pun menarik gak, kalo nak buat drama kan :) ops terlebih sudah...
Sinopsis.........
Ungunya Cinta mengisahkan Ungu, gadis yang meminati bidang nyanyian dan bercita-cita menjadi penyanyi terkenal. Waktu sama, Ungu yang baru saja menuntut tahun pertama di universiti, bekerja sebagai guru tuisyen sewaktu cuti semester bagi mencari wang saku. Cerita bermula apabila Ungu terpaksa mengajar Andi, anak Datin Moon yang juga sahabat ibunya, Rubiah. Andi mempunyai perangai ‘anak orang kaya yang panas baran dan perengus’. Dalam melaksanakan tanggungjawabnya mengajar Andi, Ungu hampir putus asa dengan perangainya. Akibatnya dia mula membenci Andi lalu mula mengajar sambil lewa. Selepas sekian lama bersama Andi, Ungu mula menyedari bahawa Andi bersikap demikian kerana sering kesunyian dan tidak dapat kasih sayang daripada ibu bapanya. Ungu mula menyayangi Andi dan Andi juga mula sedar yang dia menyintai Ungu. Namun satu hari Ungu keliru apabila melihat Andi bersama perempuan lain. Apabila ditanya mengenai hubungannya dengan perempuan itu, Andi mengambil pendirian berdiam diri. Ungu yang berasa terluka, membuat keputusan untuk tidak bertemu Andi lagi.
tengok gak cite ni malam td..tp sebelum ni pun dah tayang..maknenyer 2 kali ler tengok..hehehe..suke sharnaazz..
ReplyDelete