tq.... sudi klik ^_*

"Terima Kasih Sudi Jengah Blog Saya"

Tujuan blog ini di tuliskan adalah untuk merekodkan segala kenangan terindah dalam meniti kehidupan harian.... Kisah suka, duka, pahit, manis silih berganti membuatkan saya menjadi seorang yang tabah, cekal dengan semua ujian Allah S.W.T

Sebagai manusia yang tidak sempurna, MAAF di pohon andai tulisan/luahan/bicara saya menyentuh perasaan.

mencari hadiah utk insan tersayang.... klik sini utk surprisekan mereka

teRimA kaSiH kaWan-KawAN ^ __ ^

Salam, Tinggalkan LiNk anda utk sy TerjaH seMuLa ^ __ ^

Follow by Email

so sweet ^ __ *

Thursday, 25 August 2011

Ramadhan Terakhir

salam bismillah,

hari nie last episod citer Ramadhan Terakhir, sedih cerita nie.... episod semlm menitis gak air mata :(

kisah kehidupan yang penuh pengajaran.........


sinopsis:
Hashim merupakan seorang usahawan berjaya yang hidup mewah bersama isterinya, Mazni serta anak-anaknya Daniel dan Anna. Kehidupannya dahulu yang hanya mengejar kemewahan dan nikmat dunia mula berubah setelah dia disahkan menghidap penyakit kanser tahap kritikal. Kesal dengan dosa dan perangai buruknya selama ini, Hashim mula menjalankan ibadah sebagai umat Islam dan merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan keluarganya.

Apabila beliau cuba menasihati ahli keluarganya supaya bertaubat dan mengikuti jejaknya untuk membuka pintu hati kepada Allah, tiada siapa mengendahkan nasihatnya. Hashim berusaha menjejaki Khadijah, isteri pertama yang telah ditinggalkannya. Malangnya Khadijah telah meninggal dunia dan anak-anaknya kini hidup dalam kemiskinan.

Kehadiran seorang gadis solehah, Sakinah sebagai pembantu rumah keluarga Hashim memberi harapan kepadanya supaya Sakinah dapat memberikan contoh yang baik dan membimbing Mazni dan anak-anaknya ke jalan yang benar. Identiti sebenar Sakinah akan memberi kejutan kepada Hashim dan ahli keluarganya.

Apakah Hashim mampu merealisasikan impiannya untuk melihat ahli keluarganya berubah sebelum ajalnya? Sama-sama kita menonton drama lakonan Esma Daniel, Fazlina Dato Ahmad Daud, Tasha Shilla, Aeril Zafril dan Eyka Farhana pada setiap Selasa hingga Khamis, jam 10.30malam mulai 26 Julai 2011.

Wednesday, 24 August 2011

kisah ramadhan 2011

salam bismillah,

aci x kalo sy update terus makanan sepanjang ramadhan nie :) x sempat ler.. nengok blogger2 yg lain rajin jer update *__^ sy kurang rajin sikit......

yang penting kali nie sekali jer kami berbuka di luar@kedai.... tugas abg i setiap ramadhan beli kuih-muih.... tugas sy masak nasi n lauk sejenis dua jer...... cukup sudah...
kuih-muih pun dah bole agak apa yg cik abg i beli.... pi mai pi mai tang tue kuih yg sama jer dok pusing hihhihihi, TQ yer abg i membeli juadah berbuka  :) ntah saya x lak teringin nk makan macam2 ^__*

nie antara yang sempat di snap :) coklat tue pun jadi juadah berbuka ayah n anak2
yg suka mkn coklat.... dah masuk packet ke 2
x sempat nak jamu kat org, 100 percent coklat n sebiji badam

 sama mcm menu kat atas hihihihi sehari jer rajin snap.... 
hari lain x sompat

nie time berbuka kat kedai D'Arab Cafe, Puchong Utama..... 
makanan ok gak, tp dtg makan time pose nie x cukup utk 5 org hehehehehe
order 1 set dulang lamb khabshah n roti pita

dah x cukup makan tue.... g kedai sebelah pulak :)
order 2 regular dominos .... 
sampai rmh x sempat snap abis di makan oleh anak2

lepas tue @ ofis nie ada buat moreh seminggu sekali, 
di mula kan dgn nasi ayam penyet n kuih tako by zon delima

nie pulak zon saya.... pulut kuning dan talam tepung

yang nie dari zon zamrud... dapat semlm... 
yg special curry puff ikea tue :)

terima kasih kepada semua yang menyumbang juadah berbuka pose nie yer... 
Semoga kita semua di murahkan rezeki oleh Nya.... Amin

Alhamdullilah... rezeki ramadhan kali nie ada gak duit raya dari Hamba Allah.... TQ yer.... dapat lah berbelanja sikit :) bonus dari gomen pun dpt gak.... cukup lah baru keje 6 tahun so bonus pun dapat 500++ hihihihihi Alhamdullilah ada gak kan, dari x dapat aper2 tue... tunggu duit raya dari abg i pulak




nie pun salah satu rezeki ramadhan.... masuk tahun ke 2 dapat kad raya dari bsn nie
TQ BSN


yang paling berharga sangat dapat buku Yaasin dan Amalan Pilihan nie....
semoga saya bertambah keimanan dan keinsafan

yang best yaasin nie ada di tanda  kod warna bagi panduan bacaan
yang mana perlu 6 harakat, dengung, qalqalah dan sebagainyer




Tuesday, 23 August 2011

" mana mak "

salam bismillah,

Jam 6.30 petang. Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, "Along mana?"
Mak jawab, "Ada di dapur tolong siapkan makan."
Ayah tanya Mak lagi, "Angah mana?"
Mak jawab, "Angah mandi, baru balik main bola."
Ayah tanya Mak, "Ateh mana?"
Mak jawab, "Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?"
Ayah tanya lagi, "Adik dah balik?"
Mak jawab, "Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik."
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, "Mana Mak?"
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, "Tak tahu."
Ayah tanya Angah, "Mana Mak?"
Angah menonton tv. Angah jawab, "Mana Angah tahu."
Ayah tanya Ateh, "Mana Mak?"
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab,"Entah."
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, "Mana Mak?"
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. 
Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, "Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!!!"
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya "Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, "Mana mak?"
Hanya Adik yang jawab, "Mak dah tak ada."
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


kisah st3via II

salam bismillah,

ingat x entry saya yg lepas tentang pokok stevia.... memang susah nak dapat, try google mostly diaorg jual anak benih dalam kuantiti yg banyak.... time balik muo yg lepas abg i, ada tipon ke taman herba nasuha di batu pahat pun dia x jual pokok stevia nie... katanya nak tengok jer boleh...

kalo dah rezeki tak ke mana kan, ahad lepas abg i ke giant seri kembangan with anak dara sorang nie Farisya Humaira, jumpa lak pokok stevia nie.... Alhamdullilah ^__*

kata abg i lagi, time dia nak balik tue baru dia perasan farisya x dgn dia..... huhuhuhuhu katanyer dekat 15 minit gak dia mencari Farisya nie n last jumpa kat luar giant :(

saya tak ikut coz, sy dgn mak kat rmh tgh senang-lenang busy buat kuih kapal terbang aka kuih lidah kucing..... tue yang x follow.... hmmmmmmm tue lah saya nie memang kuat membebel, pantang diaorg leka sikit, mula mulut nie ternganga nak membebel, x nak perkara mcm nie berlaku lah.... macam-macam budak2 nie

nie lah pokok nyer.... kurang jelas coz di subuh dinihari hehehehehe

camera pun x cukup cergas nak berkerja


Friday, 19 August 2011

2 kanak-kanak lemas dalam kolam takungan

salam bismillah,

PUTRAJAYA: Tindakan tiga bersaudara berusia empat hingga enam tahun yang keluar bermain bersama tanpa pengawasan orang dewasa berhampiran sebuah kolam takungan air berhampiran kediaman mereka diakhiri dengan tragedi apabila dua daripada kanak-kanak itu ditemui lemas Pulau Meranti, dekat sini, kira-kira jam 4 petang, semalam.

Sebelum kejadian itu, Amir Fariz Mohd Fozli, 6, dan sepupunya, Nor Shafiza Batrisya Ahmad Syukri, 4, dikatakan bermain di tepi kolam bersama abang Nor Shafiza, Mohd Fikri, 6, kira-kira jam 3 petang.

Ibu saudara mangsa, Maznah Mat Noor, 39, berkata selepas sejam keluar bermain Mohd Fikri pulang ke rumah seorang diri dalam keadaan seluar dan kakinya kotor memberitahu ibunya, Faridah Mat Noor, 38, adiknya dan Amir Fariz terjatuh ke dalam kolam.

“Ibu Nor Shafiza Batrisya yang terkejut dengan berita itu, kemudian memaklumkan kejadian menimpa anak perempuannya itu kepada suaminya Ahmad Syukri Ismail, 41, sebelum meminta bantuan jiran untuk mencari kedua-dua mangsa.

“Bagaimanapun, sejurus tiba di tempat kejadian adik ipar saya terkejut apabila melihat keadaan Amir Fariz dan Nor Shafiza Batrisya sudah terapung di permukaan air dipercayai akibat lemas,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Serdang di sini, malam tadi.

Maznah berkata, mereka kemudian membawa kedua-dua mangsa ke Hospital Serdang untuk mendapatkan bantuan kecemasan, sebelum doktor bertugas di situ mengesahkan Amir Fariz dan Nor Shafiza Batrisya sudah meninggal.

Sementara itu, Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat, sebelum diserahkan kepada ahli keluarga terdekat untuk urusan pengebumian. 

p/s: kelu lidah, kejadian berlaku di berdekatan dgn rumah.... takut gak ada anak yang tengah membesar nie :(

Wednesday, 17 August 2011

P.I.C.C

salam bismillah,

hari nie selangor cuti, so kalo dah cuti nie... minta hubby lah hntr sy g keje n anak2 ke school, planning konon balik keje rombongan kami nak ke PICC.... nampak gaya kena cancel lah coz td tgh hari g ikut ofismate ke sana konon2 nak survey jer.... Ya Allah, org punyerlah ramai jalan pun berlaga montot.... dalam ramai2 tu ambil gak ler sikit baju utk anak2....

time nak membayar, punyerlah panjang nak beratur, masa pun dah nak kul 2.... so tinggalkan lah baju yg dah di pilih-pilih tue :(

yg nie iklan tahun lepas hihihihihihihi

rasanyer ramai yg cuti n ambil cuti nie, ambil peluang shopping raya.... baju lg kualiti dari jualan minggu lepas, dapat gak gown for qiera brand pooh rm20... harga asal rm49.90..... dah dok termimpi2 nie :( harap2 ada lah lagi yer

yang seronok nyer menyoping barang utk anak2 jer.... ibu ala-kadar cukup.... tak raya pun beli baju gak kan hihihihihi..... semlm g ukur baju 2 anak dara tue dgn tailor pujaan hehehehehe kain dah bagi lama, cuma x nyempat nak bw anak2 g ukur.... nasib regular customer :)


^ __ *

salam bismillah,

hampir seminggu x update aper2 dalam blog nie..... agak membz dgn keje.... al-maklum dah dok seksyen baru yg agak mencabar, n kekadang kalo x bz, jadi tension gak, bila byk sgt yg tak putus2 dtg pun tension gak.... tapi sy amat puas hati dgn keje sekrg....... memang sy minat berkerja deal dgn public :) mungkin kerana pendedahan awal lepas abis school dah keje dgn public :) tgk ragam org yg memacam tue..... best :)

kadang2 jer agak tensi sikit, yer lah bila 8 org pegawai memberi arahan dalam 1 hari, pas tue semua dgn kadar segera, dgn nak tue, ini lagi...... hmmmm nasib bulan ramadhan sy agak bersabar gak hihihihihi :) memang betul lah nak tgk diri kita, perangai kita sebenarnyer, cer tgk kita time ramadhan nie..... itu lah kita sebenarnyer :)

nie pun sbb ada 3 meeting yg sama, masa yg brbeza  agensi yg berlainan so kena standby kat kaunter, supaya mereka yg hadir x silap time... so mengambil kesempatan meng update aper yg patut ler..... 

Ya Allah moga kali nie betul lah langkah yang ku pilih :) n semoga di berkati rezeki yang kau kurniakan ini.... aminnnn

ramadhan kali nie pun x brkesempatan pun nak upload juadah yg x seberapa tue :)
seperti thn2 lepas, memang dah kurangkan pembelian juadah yg bukan2, yer lah time g bazaar sume nengok makanan nmpak sedap.... tp hakikatnyer memang sedap pun hahahahaha

bukan aper sy agak fobia membeli lauk2 yg siap masak di bazaar, pernah terkena beli nasi tomato ayam masak merah dah basi hmmmmmm, kuih pun sama..... so langkah yang di ambil masak 1 jenis lauk n sayur, masak nasi.... keje hubby beli kuih 4 hinggit sudah..... cukup jer kami mkn 5 beranak, tak yah membazir :)


Tuesday, 9 August 2011

TENSION!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

 salam bismillah,


TENSION!

the moment you are in TENSION

you will loose your ATTENTION

then you are in total CONFUSION

and you will feel the IRRITATION

this may spoil your personal RELATION

ultimately you won't get any COOPERATION

this gets you into COMPLICATION

then your blood pressure may raise CAUTION

and you may have to take MEDICATION

why not try to understand the SITUATION

and try to think about the SOLUTION

many problems can be solved by DISCUSSION

this will work out better in your PROFESSION

don't think its my free SUGGESTION

its only for your PREVENTION

if you understand my INTENTION

U will never come again into TENSION

^_*


p/s: sometime jer pun kita tension kan..... mcm sy, bohong kalo saya tak pernah tension :) Nak masak lauk berbuka pun bole jadi tension hihihihihi :)
Ayat yang selalu gak saya dgr kat workplace nie pening..... huhuhuhuhu nie pun kekadang bole jadi tension buat yang mendengar.........

planning nak masak mee udang utk berbuka nie <3

Thursday, 4 August 2011

macam-macam hal

salam ramadhan,

ber FB lunch tadi.... ternampak kat wall member nie.... geli-hati pun yer tp memang adalah kot en suami yg mcm nie.... dah nama hasil survey majalah..... korang cek tak hp en suami memasing? kekadang diaorg x particular bab nie..... benda remeh jer pun, hmmmmm suami sy sendiri???? sy yang letak sendiri hahahahahaha, nengok tak der lak dia rename kan balik hihihihihi

tapi kalo di ikutkan 9 tahun perkahwinan tue, sy di kategori kan ibu pejabat hihihihihi..... lawak di petang hari :) tak kisah lah yg penting kita kenal pasangan memasing yer....... 


Nama Isteri di Handphone Suami (hasil survey majalah)

1 - Baru menikah : MY LOVELY WIFE ♥ ♥
2 - 1 thn menikah : MY WIFE/MUMMY
3 - 5 thn menikah : HOME
4 - 10 thn menikah : IBU PEJABAT
5 - 15 thn menikah : BILIK GERAKAN
6 - 20 thn menikah : BUKIT AMAN
7 - 25 thn menikah : WRONG NUMBER!!

wakaakakkaka....cuba cek hp hasben anda :P

takde kene mengene dgn den....copy paste je


p/s : sungguh tak ku sangka n duga.... ada gak org jadikan sy sumber inspirasi hihihihihihi
BE dah ada balik.... TQ nuffnang

Tuesday, 2 August 2011

5t3v14 (Stevia)

salam bismillah,

tengah mencari-cari nursery yang jual pokok stevia nie.... kalo kawan2 tau inform ek..... daun stevia nie tgh popular sekarang nie, sebagai bahan pemanis pengganti gula yang kita guna selalu tue.... ingat nak cuba tanam sikit, bukan nak banyak pun, nak dalam 3 pokok jer hihihihihi dalam akhbar MEGA semalam ada story tentang pokok stevia nie.... kalo nak tau detail bole klik sini http://plantstevia.blogspot.com 

Masa pesta floria hari tue, ada gak mencari2 n tgk booth yg jual herba2 tak der pulak tuan yg menjaganyer, so tak der rezeki kami....

inilah pokok STEVIA


Stevia merupakan sebahagian daripada genus bunga matahari (Asteraceae) Berasal daripada iklim sub tropika dan tropika Amerika selatan dan Amerika tengah yang hampir sama dengan iklim tropika di Malaysia.

Spesis Stevia rebaudiana yang juga dikenali sebagai sweetleaf, sweet leaf, sugarleaf, atau mudahnya stevia, telah dihebahkan kepada umum sebagai daun ajaib yang mengeluarkan manisan.

Sebagai Bahan pemanis dan juga pengganti gula, Stevia memberi rasa manis yang sedikit lambat tetapi kekal sangat lama berbanding gula. (ini disebabkan kelarutan stevia didalam air yang amat perlahan) Walaupun begitu ianya meninggalkan sedikit rasa pahit seperti gula licorice (seperti beberapa gula-gula herba english ) pada kepekatan tinggi.

Kelebihan penggunaan stevia

● Daun- 20 hingga 30 kali ganda lebih manis dari gula

● ekstrak- 200 hinga 300 kali ganda lebih manis dari gula

● Sangat tinggi khasiat

● Sangat enak jika di buat ulaman

● Tiada Kalori

● Tiada lemak

● Tidak toksik dan tiada pemanis tiruan ( ini kerana pemanis asli stevirol

● tidak glisemik

● membantu penghadaman dan membantu mengurangkan berat badan

● ph dan juga stabil kepanasan sehinga 200°C

● Penambah rasa

● Boleh digunakan dalam masakan dan juga bakeri

● Tanpa preskripsi doktor

● menghalang gigi dari rosak

● anti oksida

● menambahkan tenaga

● menambahkan kekuatan minda

● tidak menambahkan nilai paras gula dalam darah

● tidak menyumbang kepada penyakit jantung korolari

● mengurangkan keinginan untuk menikmati makanan bergula dan berlemak

● mengurangkan keinginan untuk mengambil produk alkohol dan tembakau



Monday, 1 August 2011

54L3

salam bismillah,

konon dah rancang minggu tadi nie tak ke mana........ hari sabtu sy dah siap2 beli brg basah, ahad bole lah rileks2 kan...... Ahad tue baru nak g tempah baju melayu hubby n hakim, biasalah nasib dah kenal tailor tue so x masalah hntr lmbat pun hihihihihihihi pas tue hubby ajak ke Meru, menjenguk anak kawannyer yang baru buat operation jantung..... kesian tgk adam, umur dia sebaya hakim di sebabkan penyakit jantung tue dia x bole jalan, dari cerita member nie, operation jantung pun 50 percent, kalo x komplikasi, InsyAllah, selamat....

Syukur operation Adam berjaya, itu pun 5 hari dia dkt ICU, saya pun tumpang simpati dgn dia.... x taulah mcmana kalo sy berada dlm keadaan mcm tue.... Nampak sy mcm kuat hakikatnyer tidak yer......

dok sembang2 tue, member cakap ada jualan pakaian kanak2 n dewasa di dewan meru, pelbagai brand ade di jual..... tue lah dah nama nyer ibu nie kan.... pantang dengar ada sale, mula kaki nie ringan jer nak melangkah hihihihihi

niat sebelum tue..... last nak berbelanja next week sempena jualan terus dari kilang.@Putrajaya.... tue lah lain jadinyer kihkihkihkih konon tahun nie nak berjimatlah sikit,  belanja ala kadar jer..... cukuplah baju sedondon kami tue.... bila dah masuk dewan tue mcm2 brand ada..... yg byk sy terbeli untuk qiera :) yg penting diskaun byk punyer..... brand yg tak mampu di beli, kalau tak der sale :)

jemputlah datang memeriahkan jualan nie yer :)

ini lah hasil semalam..... 
utk ibu tinggal cari tudung jer.....
still x jumpa yg sesuai lah



^__*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TQ

Ai, takkan tengok je.:) TQ, friends