tq.... sudi klik ^_*

"Terima Kasih Sudi Jengah Blog Saya"

Tujuan blog ini di tuliskan adalah untuk merekodkan segala kenangan terindah dalam meniti kehidupan harian.... Kisah suka, duka, pahit, manis silih berganti membuatkan saya menjadi seorang yang tabah, cekal dengan semua ujian Allah S.W.T

Sebagai manusia yang tidak sempurna, MAAF di pohon andai tulisan/luahan/bicara saya menyentuh perasaan.

mencari hadiah utk insan tersayang.... klik sini utk surprisekan mereka

teRimA kaSiH kaWan-KawAN ^ __ ^

Salam, Tinggalkan LiNk anda utk sy TerjaH seMuLa ^ __ ^

Follow by Email

so sweet ^ __ *

Friday, 29 July 2011

Alkisah Handphone

salam bismillah,

akhirnya dapat juga beli handphone yang sesuai..... dah byk kali di minta, tapi permintaan tak juga di layan hmmmmmmm

bukan tak nak belikan.... takut kang jadi isu besar hihihihihi ada jumpa hari tue kat kedai di putrajaya nie...... sampai nangis2 x di layan juga..... nasib tak hentak2 kaki kat situ huhuhuhuhuhu

nak beli Ipad bagai tue, mahal sangat beli kan E71 pun dah sesuai lah

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




haaaa ini dia E71 utk dua anak dara sy nie...... 
ayah nyer yg membelikan time jumpa kedai mainan murah kat muar minggu lepas hehehehehe
ok lah tue beli 2 hp x sampai sepuluh hinggit..... masa nengok kat floria, putrajaya ada booth jual telefon ganggang mainan tue rm10 satu, menangis2 farisya nak tipon tue..... i x nk layan 
membazir jer, kalo beli 1 berebut, so jadinyer x yah beli..... hehehehe




so inilah dak dua org nie dok menyembang.... nengok qiera tue serius ajer mukanya :)

ini dah tak bole nak describe lg apa story nyer..... siap muncung dah kuar hahahahaha
farisya lak ternganga hihihihihihi 

esok nyer..... dia terbasahkan hp dalam air..... abis dah tak berfungsi.... pandai lak dia membodek ibu n ayah...... nak tau apa ayat dia...... "ibu ada duit tak? boleh belikan hp baru? = ibu tak ada duit lah kakak, cuba tanya dengan ayah...... hihihihihihi :) dari luar tue.... dgr farisya bertanya dgn ayahnyer.... sama gak ayatnyer..... pas tue terdiam hihihhihihi kena marah dengan ayah..........

sekarang dah ok hp E71 tue..... selepas di keringkan..... so akhirnya dapat gak anak dara nie hp.........


Wednesday, 27 July 2011

P.U.L.4.5.4.N

salam bismillah,

last week balik kg muor.... gerak malam lepas abis keje, sabtu pg tue hubby menemankan ayahnyer buat laser mata.... buat kat Adnan Specialist Eye Centre, Muar.... niat hati mcm nak buat juga tp dup dap dup dap hihihihihihi takut..... takut lepas tue tak nampak terus huhuhuhuhu.... tunggulah dulu kekuatan jiwa belum ada lagi, kos nak buat juga agak mahal n yg sure belum bersedia... spec pun sy tak nak pakai mcmana tue.....

sementara nunggu hubby bersiap2.... sy n anak-anak yg dah ready nie g menjamah buah-buah yg ada kt laman tue.... belum masak abis lagi nie.... adalah rezeki kami balik kali nie :)

dapat gak sebakul manggis........ raya nnti puas ler makan 

 my sweet heart

mereka nie memang suka kalo dapat main kat luar.... bebas

ada bakat tak as fotografer.... nie baru kamera hp jer, kalo dapat yg canggih kan best

adik ya dpt petik buah tp yg belum masak ler

sibuk dok memilih buah.... byk yg belum masak.... kita tunggu raya nie k.... 
ada 4 pokok pulasan nie, buah mata kucing pun dok berbunga dgn meriah, manggis pun ada,
rezeki kami lagi.... balik kali nie, dapat gak makan durian lagi.... ada sepokok lg sedang berbuah....

Monday, 25 July 2011

"RM338 ROOM CASH VOUCHER EQUATORIAL CAMERON HIGHLAND"

salam bismillah,

dah lama x join Contest dan Giveaway nie...

GA berlangsung selama sebulan opssss SEMINGGU jer.... cepat jom kengkawan join... sampai 29 Julai nie..... sempat lagi nie nak join..... detail tentang GA klik sini yer mama kyra


saya nak tag mama dhia dan deqlis




Sunday, 24 July 2011

qiera berjoget di takashima

Salam bismillah,

Aksi nie di rakam di giant @ muor pg td, pergi mmbeli brg dapur, jauh benor kitaorg menyopingkan, bukan aper ayah mertua baru buat operation kat mata so dlm tempoh seminggu nie dia x bole keluar or drive ke mana2.

Sebelum tue kitaorg mengetest apa2 yg patut kt luar tue, bebdk nie mengambil ksmpatan ler mengalahkan ibunyer huhuhu

Aksi qiera nie kt takashima fitness centre, ntah apa nama peralatan nie, smpai ada makcik tue ketawa nengok aksi qiera, katanya rambut qiera cantik..

Masa kt klinik smlm pun ada aunty pun tegur qiera, rambut cantik mcm doll...

Itu jer nk story pun, ok lah nak ngemas baju, jap g nak gerak balik pulau pulak.. Dari bukit treh ke pulau meranti :-)
Published with Blogger-droid v1.7.2

WhatsApp Messenger

WhatsApp Messenger: Android + iPhone + Nokia + BlackBerry
Published with Blogger-droid v1.7.2

Thursday, 21 July 2011

L3t's cycl3

salam bismillah,

last 2 week memang aktiviti menyibukkan diri dgn mcm2 hal, kalau nak ikut hal rumah memang sentiasa x abis2 :) rutin bulanan memang sentiasa pack dgn program yg di rancang dan yg tdk di rancang...........

ini pada 10 Julai yg lepas kitaorg balik kg sy di kota d'sara.... semlmnyer 9 Julai en hubby ker, kiara park, berbasikal dgn ofismate dia n test drive basikal yg nak di beli 

dua princess yg dok test basikal yg sesuai... nak beli 1 basikal jer pun :)
sebelum ke kedai basikal nie kami singgah ke jualan gudang pakaian kanak2 kt kota d'sara, byk gak brand yg di jual dapat gak ler sambar baju bebudak nie.... sesuai ler utk raya nnti... jimat duit ibu n ayah..... dah nak balik tue farisya ternampak baju brand apa ntah x ingat.... yg ingat hrga tue yg x tahan mahal mcm x berbaloi buy 1 free 1 dengan harga RM100 .... yg dia menangis nak sesgt baju tue coz baju sejuk tue ada bulu2 kt tangan n leher yg lagi penting gambar mickey mouse...
tak der kepentingan pun nk beli baju tue hehehehehe
sayang anak jgn di ikutkan sgt :)

nie sabtu lepas.... pepagi dah budak2 nie bangun... excited sgt ayahnyer dah janji nak bawa g taman.... basikal semua sumbat kat belakang kete... en hubby lak mengayuh basikal nyer terus ke putrajaya


syarat dari ibu lak.... sebelum berbasikal, kita berposing dulu hahahahaha

nie memang port baik kami ^_*
x orang pun.... best

nie sy dok mengetest basikal hubby hihihihi


Rahsia Diet Menguruskan Berat Badan Mengikut Jenis Darah

salam bismillah,

boleh lah try nie... saya darah A+

Lumrah bagi seorang manusia, golongan wanita khususnya membimbangi setiap peralihan jarum penimbang berat badan.

Ditambahkan pula jika jarum penimbang berbeza dua atau tiga garis ke kanan, pasti hati tidak keruan dengan niat dipasang untuk berdiet.

Pelbagai ubat-ubatan menguruskan badan bagi mengembalikan bentuk badan ideal berlambakan di pasaran.

Rakan-rakan pula bertindak sebagai penasihat pemakanan persis pakar pemakanan dengan mengesyorkan jenama-jenama tertentu yang dikatakan dapat memberikan kesan yang diingini.

Tidak kurang juga pengalaman-pengalaman mereka yang berjaya mengurangkan berat badan melalui pengambilan ubat-ubatan tertentu.

Segala nasihat diikuti, tetapi malangnya jarum penimbang tidak juga beralih ke kiri.

Anda mula mempersoalkan keberkesanan dan kebenaran nasihat rakan-rakan anda.

Mengapa Si A berjaya mengurangkan berat badannya tetapi tidak anda walhal segala peraturan dan ketetapannya dipatuhi?

Mungkin apa yang kurang adalah anda tidak mengetahui makanan apakah yang bersesuaian dengan jenis darah anda.

Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan.

Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang.

Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.

Dalam bukunya, "Eat Right For Your Type" yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki.

Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain.

Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit.

Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.

Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A, B, AB, dan O.

Diet Untuk Golongan Darah 'A'

Dr. Peter J.D'Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.

Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.

Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.

Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya.

Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:

* Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
* Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
* Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
* Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
* Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat

Snek: Jus anggur / kopi

Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba

Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau

Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Diet Untuk Golongan Darah 'B'

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.

Teori Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

* Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
* Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
* Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
* Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak

Snek: Jus anggur

Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba

Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba

Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

Diet Untuk Golongan Darah 'AB'

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B.

Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.

Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.

Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit.

Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

* Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
* Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
* Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju

Snek: Yogurt

Makan Tengahari: Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba

Snek: Kek keju dan teh herba

Makan Malam: Omelet dan salad buah serta kopi

Diet Untuk Golongan Darah 'O'

Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.

Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D'Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.

Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

* Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
* Mudah mengadaptasi berbagai makanan
* Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
* Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
* Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang

Snek: Teh herba

Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal

Snek: Sepotong kuih

Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D'Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.

Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu.

Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.

Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D 'Adamo ataupun tidak.

source : http://www.iluvislam.com

Wednesday, 20 July 2011

patut lah tak berapa cun ^__*

salam bismillah,

sabtu yang lepas, mood rajin telah datang.... hampir 2 tahun saya x mem'baking' hehehehe ada gak peralatan x buka lagi, still dalam packet ialah deco set for cup cake ... konon2 dulu time tgh hangat cup cake tue.... sy pun menyibukkan diri gak, membeli peralatan.... dah cukup peralatan nak buat.... mabuk melanda hahahaha rupa2 nya sy peknen..... sampai kesudah tak buat lagi cup cake tue.....

as kenangan walau x cantik gambar yang di ambil, saya nak letak juga kat blog saya ini... makna nya saya telah mencuba membuat apam dot dot nie.... weekend nie nak buat lagi lah, harap dot dot kali nie menjadi yer

dari kajian yang di buat, chewahhhh saya telah melakukan kesilapan dalam membuat my 1st apam dot dot nie.... so this time kena perbetulkan lah.... hope terlaksana yer :)

dalam x menjadi tue bagi gak kat mak, abah, adik2 n mak sedara utk merasa, al-maklum 1st time buat so excited lah kan :) mlm sabtu tue mak sedara@jalan kebun, Klang buat kenduri doa selamat ..... dengan apam yang x berapa cun tue pun mak sedara jamu kat tetamu, malu ler saya...






tutti frutti

salam bismillah,

teringin nak makan nie, baca comment memasing sedap tutti frutti n ia berkhasiat lagi... ice cream di buat dari frozen yogurt.... kami anak beranak memang suka makan yogurt... dah terliur dah nie... yg spesel kita bole pilih sendiri nak flavor, topping then timbang pas tu bayar ikut berat.... harga sendiri mau ingat ler hehehehehe ambil banyak n berat mesti harga pun berat gak hahahahaha :) outlet cyberjaya dah buka.... so jom kita try





nie variety topping nyum nyum






p/s: minggu nie bolelah try <3 gmbar semua google yer
tak der kenangan lagi dgn tutti frutti nie



Tuesday, 19 July 2011

R0s3s For3v3r

salam bismillah,

kami sekeluarga berkesempatan gak menjenguk Festival Bunga & Taman Putrajaya dengan tema "ROSE SELAMANYA"


pernah tanam bunga ros pink, time baru pindah rumah 4 tahun yang lepas.... so excited nak bercucuk tanam coz ada lah tanah sikit kt rumah tue konon2 nak buat ala2 english garden.... lama2 dah tak terjaga malas lebih dari rajin hahahahaha memula memang lah semangat kental and last tak termenten.... kesian kan :(

berkesempatan ke floria nie last week 13 Julai 2011, lepas balik keje singgah ke sana, kebetulan mr hubby off so singgah ler sekejap.... ambil gmbr anak2 riang nie... ops sebelum tue sempat lg sy main badminton with ofismate dapat gak 15minit sebelum mr hubby sampai.... jadi lah dari tak der exercise kan.... bukan nak slim sgt pun.... hahahaha "ayat x nak kalah" jadi lah supaya body fit sikit....

sangat suka dengan gambar ini n ngidam nak taman nie juga hihihihi

lama tak terselit muka saya kan.... malu yang sebenarnya <3 

<3 buah hati saya <3



Thursday, 14 July 2011

4ROW4N4

salam bismillah,

nie citer dah basi yer.... sila jangan marah kat saya <3 <3... inilah tujuan asal ke Perak cuti sekolah yang lalu, nie semua en hubby punya planning, sila jgn marah yer abg :) kan abg kata selalu gak ngintai2 blog org huhuhuhu... silalah klik nuffnang saya ngehngehngeh.....

ingat ker dah abis meronda perak nie... rupa2nya kami 1st time sampai bukit merah :) macam2 ada kt bukit merah nie.... kami meronda2 kolam ikan arowana di company nie golden arowana farm ini semua berlaku time hubby jenguk2 kat hari belia di Putrajaya yang lalu.

banyak rupanya company2 yg buat projek nie.... and artis yg popular n cukup quota 4 pun ada company kat situ... Salih Yaacob nie company dia  terpampang gambar dia kat situ...

ok lah x aper pun nak cerita... cuma menarik gak ke sana banyak maklumat yang di perolehi.... dan yang sure kami pun x sempat ke Bukit Merah Lake Town tue.... next time ada umur and rezeki boleh ke sana lagi.

 arowana yang sedang bertelur....

inilah anak2 ikan yang dah matang....

 ^ __ ^ buah hati

gambar nie kat kolam ternakan :) kami yang menanti penuh setia...


Wednesday, 6 July 2011

Nak Jugalah Wordless Wednesday :)

SISA KISAH KITA

Dari sisa sisa kisah kita berdua
Tak pernah ada persefahaman
Walau dalam cinta
Tiada guna penyesalan
Jangan berdusta
Usah menafikannya
Ini kesudahannya

Tangisan air mata
Tak bererti lagi
Jangan kau ganggu aku lagi
Jangan kau coba tuk permainkan
Sakit di hati yang rapuh ini
Yang telah kau hancurkan
Yang kini sudah tertutup buatmu
Untuk selamanya
Tuk selamanya

Dari sisa sisa kisah kita berdua
Tiada pernah ku sangka
Akhirnya begini
Usah kau coba merayu berkata dusta
Jangan pura cinta padaku
Meminta ku kembali

Tangisan air mata
Tak bererti lagi
Jangan kau ganggu aku lagi
Jangan kau coba tuk permainkan
Sakit di hati yang rapuh ini
Yang telah kau hancurkan
Yang kini sudah tertutup buatmu
Untuk selamanya
Tuk selamanya

Oh tuhan, berikanlah ku kekuatan

Jangan kau ganggu aku lagi
Jangan kau coba tuk permainkan
Sakit di hati yang rapuh ini
Yang telah kau hancurkan
Yang kini sudah tertutup buatmu
Untuk selamanya
Tuk selamanya

p/s: sangat suka this song :)

Monday, 4 July 2011

B!lakah Kal! Terakh!r Anda Menang!s?

Tidak semua tangisan itu negatif dan tidak semua insan yang menangis itu lemah.

Bilakah tangisan ini membawa erti kekuatan dan kehebatan?

1. Menangis kerana rasa cinta dan takut kepada Allah
2. Menangis kerana menginsafi kelemahan diri dan ahli keluarga dan berusaha untuk memperbaikinya.
3. Menangis apabila melihat saudara seaqidah dizalimi dan berusaha untuk membantu.
4. Menangis apabila melihat tatasusila umat Islam yang telah melampau.
5. Menangis kerana berasa syukur dengan rahmat Allah yang terlalu banyak walaupun dirinya ditimpa bencana
6. Menangis kerana menyesali dosa dan menyedari kesilapannya
7. Menangis apabila dia menemui kebenaran setelah sekian lama hanyut di dalam kesesatan.

Tangisan-tangisan ini adalah kehebatan kerana orang yang menitiskan air matanya kerana Allah, adalah orang yang cukup tinggi rasa keimanan dan taqwanya seperti yang ditunjukkan melalui sabda Rasulullah yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a,

"Tidak akan masuk neraka seorang laki-laki yang menangis kerana takut pada Allah Swt. sehingga air susu kembali masuk ke dalam puting..." (H.R Tirmidzi)

Pada satu ketika Rasulullah saw. berkhutbah di hadapan para sahabat, beliau bersabda," Seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui sungguh kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis." Kemudian para sahabat menutup wajah mereka dan mereka menangis. (Muttafaq 'Alaihi)

Pada suatu hari Rasulullah saw telah mendengar seorang sahabat Baginda yang sedang membaca al Quran. Apabila sampai ke ayat yang bermaksud:

"Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah seperti kulit yang merah" Surah ar Rahman – 37

Bulu roma si pembaca itu berdiri tegak dan dia menangis tersedu-sedu sambil bertanya:"Aduh, apakah yang akan berlaku pada diriku apabila langit terbelah? Malang sungguh nasibku ini." Rasulullah saw berkata kepadanya:" Tangisanmu telah menyebabkan para malaikat menangis bersama-sama."

Jawapan yang sama telah diberikan oleh Rasulullah saw kepada seorang Ansar yang duduk menangis selepas menunaikan sembahyang Tahajjud.

Abdullah bin Rawahah telah menangis pada suatu hari. Isterinya melihat keadaannya turut menangis bersama-sama, dia bertanya kepada isterinya itu:"Mengapa kamu menangis?" Kata Abdullah:"Apabila aku teringat yang aku terpaksa menyeberangi neraka melalui titian sirat, aku menangis."Aku tidak tahu sama ada aku akan berjaya menyeberanginya atau tidak."

Subhanallah, kehebatan yang terserlah dengan linangan air mata yang membuktikan kekuatan seseorang insan.

Malah di antara tanda-tanda yang menunjukkan seseorang ini keras hatinya ialah apabila dia sukar untuk menangis di hadapan Ilahi.

Bilakah kali terakhir daku menitiskan air mata keranaMu ya Ilahi?

Friday, 1 July 2011

40........ Apa ada pada angka

salam bismillah,

Angka 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru, semakin matang. Bagi wanita usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, dan selalu dikaitkan dengan musim saham mula menurun.

Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali untuk memperlekeh kaum wanita. Cuma saya ingin bercakap perkara yang betul di depan mata. Satu hakikat perihal Adam dan Hawa. Macam mana pun golongan pejuang wanita menegaskan tidak ada beza antara lelaki dan perempuan, saya tetap berasa ada perbezaan yang jelas. Ini bukan soal fizikal - yang memang jelas ada bezanya - tetapi ciri-ciri lain yang menyebabkan Leha dan Leman tidak serupa.

Sebenarnya, awal-awal sudah berbeza. Dari segi tahap kematangan semua orang mengakui perempuan lebih cepat dewasa berbanding lelaki. Anak perempuan baligh lebih awal dari lelaki. Ada gadis yang mula haid seawal sembilan tahun. Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa.

Mereka yang mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan boleh melihat hal yang sama. Baru darjah enam anak perempuan sudah boleh diharap mengemas bilik tidur, mencuci pinggan mangkuk, membancuh susu adik. Anak lelaki sudah tingkatan tiga pun masih tidak tahu apa-apa.

Sebab itu orang putih kata, kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40 tahun. Konon, pada usia ini lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin, lebih itu, lebih ini.

Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil: konon pada usia 40 inilah degree kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat! Miang, gatal, merenyam, gelenyar...banyak lagi istilah-istilah (maaf, sesetengahnya tidak sesuai disiarkan sebab kedengaran kurang sopan) yang seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki setelah melewati usia empat puluhan.

Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antaranya, yang paling biasa: suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, suami kahwin baru.

Bukanlah hendak menyebelah lelaki, tetapi pada hemat saya andaian seperti itu adalah rambang, dan sekali gus tidak adil. Sebab, bilangan suami yang main kayu tiga, atau membuka 'cawangan' baru adalah kecil, terlalu kecil. Mungkin yang jeling-jeling wanita lain ramai, tetapi percayalah jelingan itu tidak membawa apa-apa mudarat. Lagi pun ada sebab suami menjeling wanita lain.

Maaf cakap, ketika suami mula 'meriah habis' pada usia 40, wanita pada usia tersebut dikatakan mula mengendur dan 'dingin' dalam banyak hal. Sebenarnya, ini diakui sendiri oleh ramai wanita, sebab itu mereka tidak suka usia empat puluhan disebut.

Pendek kata, angka 40 membawa persepsi yang berbeza kepada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, usia tersebut dikaitkan dengan kematangan dan kehebatan, bagi perempuan, usia tersebut sering digambarkan sebagai peringkat saham menurun.

Kalau ada suami yang mula menunjukkan tanda-tanda 'keriangan' luar biasa, saya ada panduan untuk isteri menyekat suami main mata dengan orang lain. Kaedah ini tidak ada dalam buku motivasi suami-isteri, tetapi boleh dicuba.

Pertama, layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan. Contoh: "Fuhhh, misai abang sekarang tebal semacam, kita tengok pun geram!" Atau: "Abang sejak minum kopi herba tu, kita rasa luar biasa!" Kata-kata seperti ini boleh membangkitkan semangat, dan suami merasa dihargai. Tetapi jangan cakap sahaja, isteri patut buktikan dengan perbuatan. Jika hanya pandai memuji misai, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian tentang misai itu tidak bererti langsung. 

Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami. Masalahnya ialah wanita pada usia 40, lebih-lebih lagi yang sudah beranak ramai, sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab kesibukan di pejabat, atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Letak sahaja kepala di bantal, terus berdengkur. 

Pada hemat saya, tanpa mengira usia, isteri patut bijak melakukan reaksi-reaksi hangat semasa berdua di kamar tidur. Mungkin boleh cuba urutan cakar harimau yang popular itu. Sambil mencakar boleh bergurau senda, dan puji-puji tentang misai.

Kalau cakaran harimau sudah mengena, suami yang letih menjadi segar semula. Pasti suami akan membalas dengan cakaran kucing jantan. Bayangkan apa akan terjadi apabila cakar berbalas cakar. Tentu harimau akan mengaum.

Amaran: hati-hati sekiranya isteri berkuku panjang dan tajam, takut tersilap cakar luka pula kulit belakang suami. Akibatnya, suami berasa kesakitan dan mungkin menggunakan tendangan kambing gurun hingga isteri terpelanting bawah katil! 

Kedua, isteri mesti terus bergaya. Sebenarnya wanita pada usia 40-45, masih cantik dan menawan. Masih anggun dan mempesona. Memanglah tidak 'cun-melecun' seperti gadis belasan tahun lagi ‘trang-tang-tang' . Tetapi sekiranya bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.

Masalahnya ialah sesetengah isteri, terutama yang menjadi surirumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal keterampilan diri. Tidaklah selekeh, tetapi kurang mesra alam. Rambut tidak disisir, menggerbang macam langsuir atau penunggu pohon beringin dalam Misteri Nusantara. Dahi berkerut, bibir berkedut. Tanpa bedak, tanpa gincu. Pipi pun berminyak semacam. Sudahlah begitu, pakaian pun asyik kain batik lusuh dengan t-shirt Pagoda leher bulat yang ketiaknya terkoyak sedikit. Ini sudah menjadi uniform tidak rasmi suri rumah yang tidak berseni. Sesetengahnya langsung tidak berbaju, hanya berkemban. Sudahlah berkemban, nampak bulu ketiak keriting, betul-betul macam ibu si Tenggang.

Percayalah, kalau rupa seperti ini yang dilihat oleh suami setiap hari, belum masuk usia 40 tahun pun suami sudah menjeling wanita lain. Jika hari-hari melihat puntianak atau ibu si Tenggang, suami pun berasa muak juga. Suami pun hendak melihat benda-benda indah.

Sebenarnya, mendandan diri bukan susah sangat. Lagi pun kebanyakan suami tidak cerewet sangat. Suami tidak mengharapkan isteri menyambutnya dengan pakaian berjenama antarabangsa, atau jari lentik dengan kuku berwarna, bibir merah dan basah berkilat, rambut ikal mayang teknik rebonding, alis lentik bagai penari Mak Yong.

Apa yang dikehendaki oleh kebanyakan suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan lentuk sangat, suami naik lemas pula. Rambut perlu disisir kemas, pada hari-hari tertentu (petang Khamis umpamanya!) boleh letak bunga ros di kepala. Tetapi, jangan pula terlebih hingga pacak bunga manggar di kepala. Nanti suami ingat isteri sudah sewel.

Pipi patut dihias supaya tidak nampak berminyak macam mamak jual capati. Kalau tidak mampu pakai bedak yang berjenama, bedak biasa pun boleh, asalkan disapu dengan kemas. Jangan asyik lumur dengan bedak beras sejuk sehingga wajah kelihatan seperti wayang China purba!

Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat. Kalau tidak ada pewangi pun gunakanlah haruman ash dari bunga cempaka, melur, kenanga atau lain-lain bunga wangi.  Kalau pun teruk memasak di dapur pastikan bau serbuk kari, sambal belacan, budu, atau bau ikan pekasam goreng tidak melekat di tubuh. Amaran: jangan sekali-sekali ada bau semburan ubat lipas atau kapur barus pada tubuh. Mati selera suami. 

Ketiga, mesti selalu senyum. Sambutlah suami dengan senyum paling manis. Senyum yang ikhlas, dan bukan dibuat-buat. Ingat, orang lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu. Tetapi, jangan tersengih tidak tentu pasal, nanti suami ingat isteri tersampuk puntianak sundal malam.
Tidaklah diharapkan isteri mengurut-urut bahu atau dada suami sebaik masuk ke rumah, lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak. Memadailah isteri menegur: "Abang nampak letih, boleh kita ambilkan air? Abang nak air sejuk atau air panas?" Tetapi, jangan pula memberitahu suami benda-benda yang mungkin mematikan semangatnya, seperti: "Tadi ada orang datang, dia kata abang dah tiga bulan tak bayar ansuran kereta, betul ke?" Atau: "Orang sebelah tu beli TV 29 inci, boleh tak kita beli yang 36 inci?"

Keempat, ketika di bilik tidur. Ini paling penting, sebab bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bunga wangi di atas tilam. Barulah bersemangat untuk cakaran harimau atau cakaran kucing. Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati empat puluhan, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tidak ada bau minyak wangi, seperti zaman baru-baru kahwin dulu. Apa yang memenuhi bilik tidur sekarang hanyalah bau minyak angin. Bilik tidur penuh dengan beraneka minyak angin. Penjuru katil ada minyak lenguh sendi, tepi bantal ada minyak sengal tulang, atas tilam ada minyak pening kepala, bawah katil pun ada minyak semput.

Walaupun sudah lenguh sana-sini, minyak-minyak itu bukan dikamar tidur tempatnya. Kalau setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk mencakar. Ini yang isteri kena faham.

sharing is caring............... 

source: by email

^__*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TQ

Ai, takkan tengok je.:) TQ, friends