tq.... sudi klik ^_*

"Terima Kasih Sudi Jengah Blog Saya"

Tujuan blog ini di tuliskan adalah untuk merekodkan segala kenangan terindah dalam meniti kehidupan harian.... Kisah suka, duka, pahit, manis silih berganti membuatkan saya menjadi seorang yang tabah, cekal dengan semua ujian Allah S.W.T

Sebagai manusia yang tidak sempurna, MAAF di pohon andai tulisan/luahan/bicara saya menyentuh perasaan.

mencari hadiah utk insan tersayang.... klik sini utk surprisekan mereka

teRimA kaSiH kaWan-KawAN ^ __ ^

Salam, Tinggalkan LiNk anda utk sy TerjaH seMuLa ^ __ ^

so sweet ^ __ *

Wednesday, 16 February 2011

BBQ Land & Stemboat, Kuang and Kayu Nasi Kandar, Kota Damansara

salam bismillah,

akhirnya sampai gak sy ke sini... TQ to hubby sudi tunjuk jalan ke sini n TQ to abah n mak belaja makan.... Mula2 rancang we all nk belanja n at last mak n abah yg belanja.... diaorg dpt bonus raya cina... biasa lah kalo CNY time nie lah rezeki besar diaorg :)

sekrg nie tgh tunggu rezeki dr hubby :) bole buat belanja holiday kami nanti hehehhehe

saper2 yg nak mencuba makan sini.... meh lah singgah sedap n harga pun berbaloi RM18 seorang. Kanak-Kanak 6-12 tahun cuma kena bayar RM8. 5 tahun ke bawah FREE..... Farisya n Faqiera FREE

Lokasi BBQ Land n Steamboat. Lot 2568, Lorong Atap Batu 16 3/4, Jalan Kuang, Sg Buloh. Senang jer nak sampai situ. Kalo datang dr Putrajaya terasa lah jauhnya hehehhe better tipon and book tempat ni no hp 017-8800627€. Waktu operasi dari jam 6.30 petang - 12 tgh malam. 

antara yg telah di makan :)

cik mah, mak n abah  



lepas kenyang.... brgambar sbg bukti dh sampai bbq land n steamboat, Kuang :)

keesokkan pagi nya abah sponsor breakfast pulak.... kali nie kitaorg g makan kt Kayu Nasi Kandar kat Kota Damansara..... sy 1st time makan kt sini... mak n abah selalu lah..... yer lah dh dok sanakan..... yg buat sy teruja ada customer oder roti tisu gula punya lah panjang :) jakun ek saya nie hihihihi al-maklum jarang makan @ kedai mamak

nie lah roti tissue tue :) kata staff dia sesuai di makan utk 5org.... hrga x sure.... next time bole try yer  
gmbr kredit to pasankia.blogspot.com

mak n adik bongsu ku.... tgh tunggu result SPM



Monday, 14 February 2011

Salam Maulidur Rasul..... Hubungan Antara HATI dan AKHLAK

salam bismillah,

esok cuti maulidur rasul..... sama-sama kita manfaatkan yer :) perbanyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T.

Hubungan Antara Hati dan Akhlak

Di manakah pembinaan akhlak bermula? Sebenarnya, pembinaan akhlak bermula dari hati. Dalam surah asy-Syams ayat 9 hingga 10 yang bermaksud, "Sesungguhnya berjayalah mereka yang membersihkan jiwa dan rugilah mereka yang mengotorkannya."
Berhubung dengan ayat ini, Imam Ibn Kathir di dalam Tafsir al-Quran al-Azim berkata, "Ia boleh diertikan sebagai beruntunglah mereka yang membersihkan jiwa dengan mentaati Tuhan seperti yang disebutkan oleh Iman Qatadah, serta membersihkan daripada akhlak yang keji lagi hina."

Justeru, salah satu agenda kerasulan yang dilaksanakan nabi adalah tazkiyah an-nafs. Ia bermaksud pembersihan jiwa. Tuhan menyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 151 yang bermaksud, "Sebagaimana Kami (menyempurnakan nikmat Kami) dengan mengutus kepadamu rasul antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepadamu dan membersihkan (jiwamu) dan mengajar kepadamu Kitab dan hikmah serta mengajar kepada kamu apa yang belum kamu ketahui."

Di dalam al-Asas fit Tafsir oleh Said Hawa, kalimat yuzakkiikum yang diterjemahkan sebagai 'membersihkan jiwamu' ditafsirkan sebagai, "Membersihkan kamu daripada kekejian akhlak, kerendahan jiwa serta perbuatan-perbuatan jahiliah." Semua tafsiran ini menunjukkan, kebersihan hati atau jiwa tidak dapat dipisahkan daripada akhlak.

Berdasarkan dalil-dalil ini, Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin dalam kitab bab Latihan Jiwa, Pemurnian Akhlak dan Pengubatan Penyakit Hati berkata, "Budi pekerti yang baik adalah setengah daripada agama. Ia terhasil melalui mujahadah oleh orang-orang bertakwa dan latihan oleh orang-orang yang kuat beribadah. Akhlak yang elok adalah pintu yang terbuka daripada hati yang menghasilkan nikmat di sisi Tuhan. Budi pekerti yang keji adalah hasil daripada penyakit hati dan jiwa dan ia adalah penyakit yang menghilangkan kebahagiaan hidup yang abadi. Akhlak adalah keadaan yang menetap dan bermula dalam jiwa individu. Daripada lahirnya perbuatan-perbuatan dengan mudah dan senang. Apabila keadaan itu melahirkan perbuatan-perbuatan yang terpuji menurut akal dan agama maka ia dinamakan sebagai akhlak yang mulia. Sebaliknya jika keadaan itu melahirkan perbuatan jelik ia dinamakan akhlak yang keji."

sumber : http://pts.com.my/index.php/artikel/hubungan-antara-hati-dan-akhlak/

zoo melaka

salam bismillah,

citer dah basi nie, tak berkesempatan nak update.... asyik masuk draft jer :) masa CNY hari tue, kitaorg balik kg.... dlm hubby x sihat tue kami singgah ke zoo melaka..... time nk masuk highway nilai jeling ke bawah tgk jln jammed, nasib belum masuk tol n hubby buat u-turn n ikut jalan lama..... smpai lukut masuk highway semula n jln dh clear, time nak exit ayer keroh jalan dah mula sesak balik.... ramai bercuti ke melaka..... nak masuk parking zoo pun FULL.... bodek adik yg jaga tue, minta masuk juga :)

 nie masa baru keluar rumah... muka memasing happy dpt brjalan..... lepas 1/2 jam huhuhu bermulalah nak bergaduh mesra, berebut n yg si bongsu akan duduk beriba dgn ibu....

 sesampai zoo.... ambil gambar dulu.... baru boleh meronda :)

qiera paling excited dapat g zoo.... budak2 nie kalo brgambar x pernah nmpak cun...... masing2 dgn ragam.... yg penting ibu tetap menten hehehhehhe :)

nie edisi bersama ayah pulak..... baru ok sikit, setelah ibu menjerit suruh tgk camera hihiihih

time nie tgh tgk animal show..... memasing teruja

time tgh tgk show org utan memanjat2....





Thursday, 10 February 2011

Syukur.......... Alhamdulilah

salam bismillah,

huhuhu baru berkesempatan nak up date blog.... byk story nak citer, smpai x tau nk citer yg mana dulu.... macamana cuti CNY hr tue.... mesti memasing byk aktiviti kan.... kami pun last minit balik kg... ingatkan hubby x sihat tak jadi balik.... dalam x sihat tu dia nak balik kg gak... so kami anak-beranak follow jer lah..... on the way tu kami singgah zoo melaka.... next entry saya citer yer :)


yg penting syukur sesangat.... semuanya dah beransur seperti biasa.... hubby pun dah beransur pulih... ini semua ujian dari Nya.... ntah x tau nak di gambarkan perasaan nie....  kami anak-beranak gilir2 x sihat.... faktor cuaca juga punca utama.... so kawan2 kurangkan aktiviti luar n bykkan minum air yer :) Jaga kesihatan n jaga pemakanan yer.........

Wednesday, 2 February 2011

s.u.n.y.i

salam bismillah,

sunyi jer ofis, ramai kawan2 ambil peluang cuti sakan yer.... semoga happy ek... saya x ambil cuti kali nie... lagi pun hubby dah keje kt kwsn PJ so dia bwh jajahan selangor n saya pekerja wilayah n kami tinggal sebumbung ek di selangor..... lg pun last week dia dalam mode standby bila2 masa memerlukan dia bekerja, sabtu n ahad baru nie pun dia keje..... so kesimpulannya x pyh ambil cuti..... lagi pun bulan 3 kami nak jenjalan so simpan cuti for next trip :)

InsyaAllah kalo tak ada apa2 esok pagi baru balik ke Muor.... planning nak singgah melawat kawan-kawan yg lama di tinggalkan di zoo melaka........ last singgah situ time cuti brsalin anak ke 2 cik farisya humaira... kalo x silap masa tue umur farisya 50hari...... agenda nie asyik tertangguh jer.... hope, esok cuaca ok.... x sabar nak bawa budak2 nie berjalan :)

mak n abah balik ke kedah.... so hati2 ketika memandu.... kalo penat berhenti, rehat dulu.... suruk cik pae drive pulak.... hope perjalanan di permudahkan yer.....







^__*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TQ

Ai, takkan tengok je.:) TQ, friends