tq.... sudi klik ^_*

"Terima Kasih Sudi Jengah Blog Saya"

Tujuan blog ini di tuliskan adalah untuk merekodkan segala kenangan terindah dalam meniti kehidupan harian.... Kisah suka, duka, pahit, manis silih berganti membuatkan saya menjadi seorang yang tabah, cekal dengan semua ujian Allah S.W.T

Sebagai manusia yang tidak sempurna, MAAF di pohon andai tulisan/luahan/bicara saya menyentuh perasaan.

mencari hadiah utk insan tersayang.... klik sini utk surprisekan mereka

teRimA kaSiH kaWan-KawAN ^ __ ^

Salam, Tinggalkan LiNk anda utk sy TerjaH seMuLa ^ __ ^

so sweet ^ __ *

Tuesday, 14 July 2009

deMam oh DeMam

salam n selamat malam....

musim demam melanda familyku... farisya org pertama kena demam, pas tu akim then qiera and now hubby n farisya again....

hope, aku di beri kekuatan untuk menepis virus demam ini....

Ya ALLAH moga kau beriku kesihatan yang baik untuk ku menjalankan tugas ibu n isteri... aminnnnnnnnn

selamat malam

p/s : semua dah tido, ibu sambil2 mengemas umah n update blog....... almaklum siang tadi kat ofis x bole cuci mata, internet problem so now lepas geram sekejap huhuhuhu

Friday, 10 July 2009

curi tulang

salam jumaat...

Baru balik dari AG, qiera baru jer tido so ibu x dapat nak bf dia dengan agak hampa aku brjalan semula ke ofis.... nasib pergi AG tadi naik unser dgn hubbyku kebetulan dia nak g solat jumaat kat masjid putrajaya.... katanya dia ada kejer di tingkat 12, mof...

pagi tadi aku dengar ceramah pengukuhan integriti perkhidmatan awam (pipa)bertajuk "CURI TULANG" suatu pengkhianatan terhadap diri sendiri, agama dan negara. di awal ceramah amat memboringkan coz nie 1st time ceramah aku hadir setelah dua bulan cuti bersalin. yer lah baru nak panaskan enjin badan, ambil masa sikit lah hehheheh :) dengan sejuk, mengantuk semua ada.....

Di pertengahan ceramah tersentuh hati dengan slide mengenai tajuk "BUMI BERSERU 5 KALI SETIAP HARI" aku hanya sempat menyalin 4 sahaja.. antara yang boleh di kongsi bersama

1) kamu berjalan di atas punggungku dan kamu kembali ke perutku.
2) kamu makan berbagai makanan di atas punggungku dan kamu akan di makan ulat di dalam perutku.
3) kamu ketawa di atas punggungku dan kamu akan menangis di dalam perutku.
4) selalu berbuat dosa di atas punggungku maka kamu akan terseksa di dalam perutku.

7 wajah di bawah naungan Allah s.w.t di Padang Masyar

1) imam (ketua negara) pemimpin yang adil
2) pemuda yang membesar dalam beribadah kepada Allah
3) lelaki yang hatinya sentiasa bertaut kepada masjid
4) 2 orang yang berkasih sayang kerana Allah dan berjauhan juga kerana NYA
5) lelaki yang menolak utuk berbuat zina dengan perempuan cantik dan berkedudukan sambil berkata "aku takut Allah"
6) orang yang bersedekah dengan tangan kanan sedangkan tangan kirinya tidak mengetahui.
7) orang yang menyebut nama allah ketika bersendirian dan akan meniti air matanya.

renungan bersama...

Tuesday, 7 July 2009

cuti a.k.a emergency leave

Salam and hi everybody....

x aper yg menarik sangat utk aku citerkan... cuma sekarang masa mencemburui utk bersuka ria... so x lah aku nak update selalu blog nie... gambar qiera yg dah pandai senyum n bersembang ada dalam kamera x sempat nak up load lagi, al-maklum handphoneku tak canggih kalau tak bole bluetooth jer

dalam 2 minggu kebelakangan ini... semua perkara berlaku tanpa di rancang... last week pun aku nyaris x gi exam KPSL... hari nie pun memang x rancang nak cuti. gerak akim mcm biasa n masa akim tgh wat aktiviti, "ibu... akim sakit perut, dada akim pun sakit, sakit sangat2 ibu".. aku nengok muka dia pun pucat gak... mungkin masuk angin, sapu pewot dgn minyak yu yi qiera suruh dia baring dulu... next aku nengok farisya lak... dia dah demam dari khamis lagi, time aku nyaris x g exam KPSL, dah g klinik ambil ubat still x elok lagi, dia demam malam, siang agak cergas dan bila malam lemah-longlai badan.. ciyan benar aku nengok.. susu langsung x sentuh sejak khamis hingga pagi tadi... so keputusan memang hari nie aku emergency leave, utk anak2 tersayang.

and cuti aku dah tolak sehari.... inilah 1st time aku ambil cuti... untung tau bersalin awal tahun, jimat cuti hehehhehe so pada kenkawan yang tgh rancang nak tambah anak atau baru kahwin tue... cuba2 lah usaha bersalin awal tahun yer...
kita hanya merancang selebihnya ALLAH S.W.T yg menentukan.

Di kesempatan ini juga, aku nak ucap tahniah buat zaa, nini n ain di atas kebahagiaan yang baru diperolehi. moga happy n tabah dalam mengharungi dunia baru.
TAHNIAH yer...

so godek2 lappy nie ada gak gambar yg belum post kat blog... bole ler layan... zaassssssss

gambar nie last month masa aku kat muo nak balik ke puchong...





Tuesday, 23 June 2009

Dah Mula Kerja daaaa

Salam...

lama tak update blog.... minggu nie aku dah mula brtugas, ari nie masuk ari ke-2, kat ofis tgh busy dgn kerja2 "5S" iaitu Sapu, Seragam, Sentiasa amal, Sisih dan Susun....

Dengan kesibukan itu, aku pun menyibuk gak update blog nie... rutin harianku telah berubah semenjak minggu lepas lagi.... selama nie pagi2 uruskan hakim saje... sekarang farisya n faqiera pun keluar pagi bersama ibu ke PUTRAJAYA.... Kami 4 beranak bergerak dari Puchong ke Putrajaya.... itulah rutin baru ku.

Mula2 antar hakim ke Sekolah, pas tu hantar farisya ke taska MOF, then antar Qiera lak ke taska AG and finally baru ibu lak g kejer...... lunch time ibu g jumpa Qiera utk bf Qiera. Rutin petang pulak, ibu g ambil Qiera dulu, pas tu ambil kak ngah dan lastly ambil abang hakim kat umah nurul di presint 8.... itulah tugas ku utk 5 hari seminggu.... Untuk anak2 tersayang ibu sanggup harungi semuanya... semoga Allah memberkati apa yang aku lakukan ini.... aminnnnn

Bercerita ragam Farisya yg baru 1st time g taska.... on the first day dia happy sangat coz tgk ramai kawan2 sebaya, masuk hari ke 2 sampai jumaat lepas, dia mengamuk x nak di tinggalkan disitu... huhuuhuhuhu mengamuk n menangis ya amat... tapi ibu tegarkan hati gak... tinggal jer dia mcm tue... sekejap pun nangis tue, biasalah budak baru minggu pertama kan... masuk minggu ke dua nie, dia dah ok, dah x nangis... cuma kena layan ngade2 dia jer lah... ibu dokong dia sampai ke taska... huhuhu x larat ibu dokong kakak...

Qiera happy jer g taska kan.... hehehehheh mau x baru 2 bulan, mana tau aper. tapi dia pasti gumbira coz dpt jumpa ibu n bf on lunch time.... dia lah anak yg rapat dgn ibu.. hope aku bole bf dia sepenuh until qiera setawun kan dikkkk

ok ler.... itulah setakat kali nie entry ku...

Thursday, 11 June 2009

Exam, balik MUO, durian, mandi @ tiara, PD

salam,

Hari nie 5.30 pagi aku dah bangun walau belum start kejer lagi... bukan aku sorang yer, akim pun bangun awal gak... bukannya aper, hari nie suamiku akan menghadapi exam kerajaan di Sekolah Presint 1, Putrajaya. Baru 1st time dia nak sit for exam nie but offer for 2nd time. Last year dia x pergi exam nie coz surat sampai kat umah di shah alam. Biarlah dia mencuba nasib walau sekrg nie dah stabil kejer kat private sector.

Tinggal lagi 4 hari jer cuti sekolah... mean aku pun dah x lama lagi jer dah nak start kejer semula... hmmmm 10 hari lagi.... byk lagi xtvt yg aku planning x buat lagi.... Minggu lepas cuti sekolah n sempena gak aku dah abis pantang, kami balik kg, yer lah lama gak aku x balik muar, 4 bulan gak ler....

kat kg tgh musim buah... balik hari tue dekat sebakul durian abis di makan oleh suami n anakku... aku x termasuk yer, cuma menjamah jer lah sikit, takut kempunan lak... hehehehhe. Pokok buah yg tgh brbunga sekarang nie matakucing, pulasan, manggis, rambutan, langsat

ada satu pokok durian kat sebelah umah nie.... hubby kata baru 1st time pokok nie menjadi setelah sekian lama di tanam, sebatang pokok nie buah dia ada gak dekat 30 biji... bila dia akan gugur tak tau ler... siapa punya REZEKI

nie lah antara gambar anakku dgn buah durian... farisya meleleh air liur dia bila nengok buah nie... bila dah dpt makan langsung x pandang org sekeliling...











nie lak ragam masa g mandi kat tiara beach, PD. si kakak brape kali terlemas... x nak ayah pegang nak mandi sendiri, si kakak nie perangai cam org besar, apa yg abg buat dia nak wat gak... ciyan kat dia kan... x puas nak manja dah dapat adik... tu yang semua benda dia nak wat sendiri, sedangkan baru 1 tahun 9 bulan.















^__*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TQ

Ai, takkan tengok je.:) TQ, friends