baru baca blog kak lyn , sangat respect dgn semangat kak lyn, harap aku setabah dia....
nie sy copy kan k... untuk amalan bersama
renungilah kata-kata Ibnu Qayyim dengan hati yang terbuka :
"Sesungguhnya dalam hati ada satu koyakan yang tidak boleh dijahit melainkan melainkan dengan bertemu Allah. Di hatimu juga ada satu kesunyiaan yang tidak dapat diubati melainkan dengan bersendirian bersama Allah. Di hatimu pun ada kesedihan yang tidak mampu dihapuskan kecuali dengan mengenali Allah, Di hatimu ada kegelisahan yang tidak dapat pergi melainkan kamu pergi kepada Allah, Di hatimu juga ada gelodak api (marah) yang hanya dapat dipadamkan dengan redha kepada Allah."
maknanya nya ubat untuk hati hanyalah satu iaitu mendekatkan diri kepada Allah. Allah yang menguasai hati kita, so tak perlu lah kita cari jalan lain nak sejukkan hati or nak tenangkan hati.
kata Imam Al-Ghazali pula ramuan ketenangan hati boleh dicari di 3 tempat " Carilah hatimu di 3 tempat. pertama saat membaca Al-quran, kedua ketika solat dan ketiga sewaktu mengingati mati. Apabila kamu tidak menemui hatimu di ketiga-tiga tempat itu maka ketahuilah bahawa kamu sebenarnya tidak memiliki hati"
yes, inilah ubat sepatutnya.... harap sy dpt sihat dgn ubat ini... TQ kak lyn atas info yg berguna :)
I
No comments:
Post a Comment