sekrg nie memang suka membaca... ntah rasa otak nie kena cuci dgn ilmu2 utk memotivasikan diri.... yg latest malam tadi baca blog kak lyn "2 tahun nak beli syurga Allah????"..... INSAF sungguh....
kata ustaz zamri... kita hidup kat dunia ni dalam lingkungan 60-70 tahun.
so kita ambik average 65 tahun hidup di dunia
tolak 15 tahun (umur baligh.. kalau lelaki lah). lepas baligh kan dosa pahala kena tanggung sendiri
tolak lagi 15 tahun ( kalaulah kita tido 8 jam sehari nescaya kita ambik masa 15 tahun untuk tido shj)
tolak lagi 17 tahun (kalaulah kita bekerja 12 jam sehari nescaya kita ambik masa 17 thn utk bekerja)
tolak lagi 2 tahun ( kata ustaz zamri, solat 5 waktu paling lama ambik masa 10 minit, tapi kalau profesional maybe dlm 5 minit je, amatur pulak 1 minit... masa nih aku tergelak kecil.. ya lah kadang2 kita nak cepat2 je abiskan solat.. tapi dlm ketawa kecil tu tersentuh gak hati sanubari.. 10 minit 1 waktu kalau 5 waktu 50 minit.. nak mudah bundarkan kepada 60 minit mean 1 jam sehari kita solat n kalau dihitung kita solat hanya 2 tahun sahaja)
2 tahun sahaja yang betul-betul dikira ibadah. tu kalau solat tu betul2 diterima ALLAH. 2 tahun mampukah kita nak beli syurga Allah? ya Allah... bila dengar camtu rasa seram sejuk pulak. nak dibandingkan dengan kita kerja n tido yg lebih lama dari ibadah sebenar... takutnya.......
tapi kata ustaz lagi... camner kita nak buat?????
so kita jadikan bekerja kita tu sebagai ibadah juga. jadikan tido kita sebagai ibadah juga selain solat yg memang ibadah. so nak buat camner????
mulakan kerja dengan doa dan niat kerja kita hari ini sebagai ibadah. kalau waktu rehat kul 1-2 ptg tu kita dibyr gaji, so rehatlah pada waktunya... dan macam2 lagilah...
kesimpulannya... semua ini menyedarkan aku yg selalu alpa dgn kehidupan ini. matlamat di dunia dgn kehidupan yang kekal di akhirat... Ku mohon padaMU ya Rabb, kurniakanlah kepadaku lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, hati yg penuh segar mensyukuri nikmatMU serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMU... amin
No comments:
Post a Comment