Assalamualaikum dan salam satu malaysia....
anak dah baik demam, ibu lak yang x sihat.... perit tekak dengan batuk yang berkahak huhuhuhu memang musim pun sama kan.... nak rehat kat rumah pun sure x rehat gak... better g kerja, at least rekod cuti bersih hihihihihi ye ker... x juga, mostly cuti di abiskan kerana anak2 demam, tak per lah, selagi daya ibu kuat, terus jer kerja, kadang2 sakit sikit kalo dilayan ngader2 memang malas, yer lah sakit nie pencuci dosa hehehheh :)
just to share to u all, received email dari adik.... yer lah utk pengajaran,
bila baca nak tergelak pun yer.... hihihihi
tapi syukur di jodohkan dgn suami yg memahami n bertanggungjawab... coz i pun pernah g slimming centre 5 thn lepas time tu hakim baru 2 tahun, pernah gak mkn mcm2 produk memang semua perkara ini memberi kesan positif tapi nak maintain tu yg susah :)
hubby byk gak bg support and
duit sabar dgn karenah comey aku ini kan... hehhehe
sekrg ini kena kurangkan perbelanjaan yang bukan2, mostly semua utk anak. Alhamdullilah saving qiera pun dah dibuat.... dah setahun baru dpt education insurance, lambat sikit dari abang n kakak, perbelanjaan utk kecantikan diri pun kena di titik beratkan... nie pun tgh survey produk yg sesuai dgn kulit muka, produk apa ye yg sesuai???? hihihihihi
sebenarnya dah beli produk Tia Amelia trial set, beli online kat WMC, opismate prnah guna dia kata ok.... tu yg nk test, almaklum disember nnti dah ke nombor 30 kalo x jaga nnti, hubby lari :(
ok lah, byk gak membebel nie...... opssss lg satu ambil dari FB Fedtri Yahya
Motivasi Malam:- Jangan lupa kita ni tiap lebih kurang 20 minit malaikat Maut datang ziarah kita , tengok jadual mati kita dah sampai belum.
Nauzubillah..... aku redhaaaa
bwh nie sy paste kan email, utk renungan dan iktibar bersama yer.... SALAM UKHWAH
Salam all;
tadi ada kawan bagi link ni about this - bila isteri tidak cantik.
ni saya pastekan. Sekadar hiasan. Untuk renungan dan perhatian isteri-isteri dan bakal isteri...Buat iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung-renung kan lah...
Pembaca Semua,
Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.
Barangkali suami puan-puan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.
Kebanyakan belanja seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.
Suami saya bolehlah dikatakan menarik jika dibandingkan dengan saya. Suami saya tinggi, cerah kulit dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.
Saya mengabdikan diri seluruhnya untuk rumahtangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.
Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya, kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.
Baru-baru ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.
Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya. Saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu sahaja. Dia tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.
Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang dilihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.
Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang kala rosak kerana memasak, rambut pulak kadang kala berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari. Kulit perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya ber t-shirt dan berkain batik.
Hari-hari melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan anak-anak. Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.
Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertamanya memang saya dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.
Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.
Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untuk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.
PS (Pendapat Saya) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dan penuh hikmah . Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini,fikirkanlah, betapa besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sebagai hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg tanggungjawab anda untuk memperbaikinya. ... InsyaAllah.. .....
Aku setuju sangat dengan komen di bawah ni,
Tanpa Nama berkata... Salam YB,
ni jawapan balas bini saya:
nak bini cantik macam model kat luar, laki kena la belanja lebih sikit....
hanto ke pusat slimming/spa supaya bini dapat bentuk badan slim seperti sblm beranak...
belikan baju2/perhiasan yg cantik utk bini...
belikan barangan penjagaan kecantikan utk bini...
dan yg penting...
kena kurangkan kerja rumah utk bini sehingga ke tahap minima yg mungkin...
kalau laki tak mampu tolong, laki la yg kena sediakan pembantu utk bini supaya bini dapat luangkan masa utk belek diri sendiri...
macamana nak mantain penampilan kemas sepanjang hari....
kalau setiap hari kena buat keje rumah yg tak penah habis..
kena jaga anak2 kecik yg berderet...
kena basuh berak anak 3,4 kali sehari...
bla..bla...
dan yg penting juga,
jgn ingat laki je ada keinginan nak tengok bini cantik..
bini pun nak jugak tgk laki yg hensem kat rumah...
kalau laki tak suka bini perut tebal...
bini, walaupun tak kesah, tentu suka kalau perut laki juga kempis dan tidak boroi...
hehehhh...
So, moral of the story, nak isteri jadi cantik, kena la kuar modal cikit, si suami jangan lah jadi haji bakhil lak....
-------------------------------------------------
saya tertarik nak bertanya, kenapa tidak dicari yg cantik sahaja dari awal lagi. kenapa lepas dah beranak-pinak baru isu isteri kena cantik dipersoalkan.
nampak seperti, isteri tiada value langsung, segala pengorbanan ditolak tepi, hanya kerana tidak cantik/tidak bergaya.
memula nak letak di FD, tapi FD tu penuh isteri/pompuan, when i'm interested in guys' take on this issue. harapnye dapat berkongsi disini, so that fellow wives n ladies can take note.
much thanks peeps.
No comments:
Post a Comment