tq.... sudi klik ^_*

"Terima Kasih Sudi Jengah Blog Saya"

Tujuan blog ini di tuliskan adalah untuk merekodkan segala kenangan terindah dalam meniti kehidupan harian.... Kisah suka, duka, pahit, manis silih berganti membuatkan saya menjadi seorang yang tabah, cekal dengan semua ujian Allah S.W.T

Sebagai manusia yang tidak sempurna, MAAF di pohon andai tulisan/luahan/bicara saya menyentuh perasaan.

mencari hadiah utk insan tersayang.... klik sini utk surprisekan mereka

teRimA kaSiH kaWan-KawAN ^ __ ^

Salam, Tinggalkan LiNk anda utk sy TerjaH seMuLa ^ __ ^

so sweet ^ __ *

Wednesday 13 January 2010

Cinta Balqis - Kisah Percintaan Sejati

salam n selamat pagi,

apa kesudahan cerita cinta balqis? x sabar nak tunggu kul 6.30pm...







Drama Cinta Balqis merupakan terbitan RadiusOne, satu lagi cerita best yang pernah di tayangkan di TV3.

Cinta Balqis ini mengisahkan penderitaan Balqis yang terpaksa menghadapi rintangan, pahit dan suka-duka bersama suaminya(Ezany) kerana perkahwinan mereka tidak direstui oleh orang tua Ezany.

Mereka berkahwin lari di Thai dan balik dari Thai, mereka terlibat dengan kemalangan jalan raya dan Ezany, kononnya dikatakan meninggal dunia akbiat kemalangan jalan raya, telah meninggalkan Balqis seorang diri dan ketika itu Balqis telah pun mengandung anak pertama mereka.

Oleh sebab tiada bukti sijil perkahwinan mereka, kononnya hilang semasa kemalangan jalan raya hari tu, Balqis dan Maknya di pandang hina dan jijik oleh penduduk kampung kerana perangai dua orang jiran yang menyibuk.

Pelbagai rintangan yang perlu dihadapi oleh Balqis sehinggakan Mak Balqis meninggal dunia kerana tidak tahan dengan buah mulut, hinaan, kata-kata kesat orang kampung…

Cerita ini memang menyentuh perasaan bila dihayati…haha. Walaupun aku tak follow semua sekali, tapi bagi aku cerita ini memang cerita best untuk Slot Akasia.

Antara pelakon yang turut dibintangi adalah Eira Syazira (Embun Mutiara), Kenchana Dewi (Puteri), Fezrul Khan, Zamarul Hisham dan Memey Suhaiza…carilah sendiri.

Selain cerita yang cambest ini, lagu OST Cinta Balqis pun best gak…Walaupun belum jumpa lagi Full Version…tapi adalah OST Cinta Balqis versi Drama.haha…versi cut la.

Lirik pun ada:

Kekaburan alam tika ini terasa
Satu penantian pada suatu ketika
Yang penuh dengan dugaan yang merantaiku

Adakah mampu aku terus mengharungi
Lembah yang berduri kian menusuk hati
Tiada kata yang pasti
Tak ku temui

Tuhanku titiskanlah rahmat yang teragung
Menerangi kalbuku
Cinta suci bersama ke akhir hayatku
Kan ku tunggu

Pencarianku hingga ke sudut dunia
Mengenal kasih yang tiada batasannya
Pengorbananku menanti istana pasti

Tuhanku titiskanlah rahmat yang teragung
Menerangi kalbuku
Cinta suci biarkanlah ku pergi
Menanti pelukanmu

Update: Sinopsis

Cinta Balqis mengetengahkan kisah percintaan tiga segi antara Balqis, Ezani dan Hasan. Dalam satu pertemuan yang tidak dirancang, Ezani dan Balqis saling jatuh cinta.

Sedangkan, sejak kecil lagi, Hasan yang merupakan teman sepermainan Balqis telah menaruh hati terhadapnya.

Ezani nekad berkahwin dengan Balqis secara rahsia. Setelah berkahwin, Ezani membawa Balqis ke rumah orang tuanya untuk meminta restu daripada mereka. Bagaimanapun, pergaduhan besar berlaku antara Tuan Baharom dan Ezani sehingga dihalau dari rumah tersebut.

Dalam perjalanan memulakan kehidupan baru, malang menimpa. Kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga mengorbankan nyawa Ezani manakala Balqis koma selama sebulan.

Setelah sedar dari koma, kesedihan akibat kehilangan suami bertambah apabila Balqis disahkan mengandung.

Kepayahan dalam membesarkan anak tunggalnya, amat dirasainya, apatah lagi ibunya Mak Wok telah diberhentikan kerja oleh Tuan Baharom gara-gara membiarkan perkahwinan anaknya dengan Ezani.


No comments:

Post a Comment

^__*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TQ

Ai, takkan tengok je.:) TQ, friends