tq.... sudi klik ^_*

"Terima Kasih Sudi Jengah Blog Saya"

Tujuan blog ini di tuliskan adalah untuk merekodkan segala kenangan terindah dalam meniti kehidupan harian.... Kisah suka, duka, pahit, manis silih berganti membuatkan saya menjadi seorang yang tabah, cekal dengan semua ujian Allah S.W.T

Sebagai manusia yang tidak sempurna, MAAF di pohon andai tulisan/luahan/bicara saya menyentuh perasaan.

mencari hadiah utk insan tersayang.... klik sini utk surprisekan mereka

teRimA kaSiH kaWan-KawAN ^ __ ^

Salam, Tinggalkan LiNk anda utk sy TerjaH seMuLa ^ __ ^

so sweet ^ __ *

Wednesday, 20 July 2011

tutti frutti

salam bismillah,

teringin nak makan nie, baca comment memasing sedap tutti frutti n ia berkhasiat lagi... ice cream di buat dari frozen yogurt.... kami anak beranak memang suka makan yogurt... dah terliur dah nie... yg spesel kita bole pilih sendiri nak flavor, topping then timbang pas tu bayar ikut berat.... harga sendiri mau ingat ler hehehehehe ambil banyak n berat mesti harga pun berat gak hahahahaha :) outlet cyberjaya dah buka.... so jom kita try





nie variety topping nyum nyum






p/s: minggu nie bolelah try <3 gmbar semua google yer
tak der kenangan lagi dgn tutti frutti nie



Tuesday, 19 July 2011

R0s3s For3v3r

salam bismillah,

kami sekeluarga berkesempatan gak menjenguk Festival Bunga & Taman Putrajaya dengan tema "ROSE SELAMANYA"


pernah tanam bunga ros pink, time baru pindah rumah 4 tahun yang lepas.... so excited nak bercucuk tanam coz ada lah tanah sikit kt rumah tue konon2 nak buat ala2 english garden.... lama2 dah tak terjaga malas lebih dari rajin hahahahaha memula memang lah semangat kental and last tak termenten.... kesian kan :(

berkesempatan ke floria nie last week 13 Julai 2011, lepas balik keje singgah ke sana, kebetulan mr hubby off so singgah ler sekejap.... ambil gmbr anak2 riang nie... ops sebelum tue sempat lg sy main badminton with ofismate dapat gak 15minit sebelum mr hubby sampai.... jadi lah dari tak der exercise kan.... bukan nak slim sgt pun.... hahahaha "ayat x nak kalah" jadi lah supaya body fit sikit....

sangat suka dengan gambar ini n ngidam nak taman nie juga hihihihi

lama tak terselit muka saya kan.... malu yang sebenarnya <3 

<3 buah hati saya <3



Thursday, 14 July 2011

4ROW4N4

salam bismillah,

nie citer dah basi yer.... sila jangan marah kat saya <3 <3... inilah tujuan asal ke Perak cuti sekolah yang lalu, nie semua en hubby punya planning, sila jgn marah yer abg :) kan abg kata selalu gak ngintai2 blog org huhuhuhu... silalah klik nuffnang saya ngehngehngeh.....

ingat ker dah abis meronda perak nie... rupa2nya kami 1st time sampai bukit merah :) macam2 ada kt bukit merah nie.... kami meronda2 kolam ikan arowana di company nie golden arowana farm ini semua berlaku time hubby jenguk2 kat hari belia di Putrajaya yang lalu.

banyak rupanya company2 yg buat projek nie.... and artis yg popular n cukup quota 4 pun ada company kat situ... Salih Yaacob nie company dia  terpampang gambar dia kat situ...

ok lah x aper pun nak cerita... cuma menarik gak ke sana banyak maklumat yang di perolehi.... dan yang sure kami pun x sempat ke Bukit Merah Lake Town tue.... next time ada umur and rezeki boleh ke sana lagi.

 arowana yang sedang bertelur....

inilah anak2 ikan yang dah matang....

 ^ __ ^ buah hati

gambar nie kat kolam ternakan :) kami yang menanti penuh setia...


Wednesday, 6 July 2011

Nak Jugalah Wordless Wednesday :)

SISA KISAH KITA

Dari sisa sisa kisah kita berdua
Tak pernah ada persefahaman
Walau dalam cinta
Tiada guna penyesalan
Jangan berdusta
Usah menafikannya
Ini kesudahannya

Tangisan air mata
Tak bererti lagi
Jangan kau ganggu aku lagi
Jangan kau coba tuk permainkan
Sakit di hati yang rapuh ini
Yang telah kau hancurkan
Yang kini sudah tertutup buatmu
Untuk selamanya
Tuk selamanya

Dari sisa sisa kisah kita berdua
Tiada pernah ku sangka
Akhirnya begini
Usah kau coba merayu berkata dusta
Jangan pura cinta padaku
Meminta ku kembali

Tangisan air mata
Tak bererti lagi
Jangan kau ganggu aku lagi
Jangan kau coba tuk permainkan
Sakit di hati yang rapuh ini
Yang telah kau hancurkan
Yang kini sudah tertutup buatmu
Untuk selamanya
Tuk selamanya

Oh tuhan, berikanlah ku kekuatan

Jangan kau ganggu aku lagi
Jangan kau coba tuk permainkan
Sakit di hati yang rapuh ini
Yang telah kau hancurkan
Yang kini sudah tertutup buatmu
Untuk selamanya
Tuk selamanya

p/s: sangat suka this song :)

Monday, 4 July 2011

B!lakah Kal! Terakh!r Anda Menang!s?

Tidak semua tangisan itu negatif dan tidak semua insan yang menangis itu lemah.

Bilakah tangisan ini membawa erti kekuatan dan kehebatan?

1. Menangis kerana rasa cinta dan takut kepada Allah
2. Menangis kerana menginsafi kelemahan diri dan ahli keluarga dan berusaha untuk memperbaikinya.
3. Menangis apabila melihat saudara seaqidah dizalimi dan berusaha untuk membantu.
4. Menangis apabila melihat tatasusila umat Islam yang telah melampau.
5. Menangis kerana berasa syukur dengan rahmat Allah yang terlalu banyak walaupun dirinya ditimpa bencana
6. Menangis kerana menyesali dosa dan menyedari kesilapannya
7. Menangis apabila dia menemui kebenaran setelah sekian lama hanyut di dalam kesesatan.

Tangisan-tangisan ini adalah kehebatan kerana orang yang menitiskan air matanya kerana Allah, adalah orang yang cukup tinggi rasa keimanan dan taqwanya seperti yang ditunjukkan melalui sabda Rasulullah yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a,

"Tidak akan masuk neraka seorang laki-laki yang menangis kerana takut pada Allah Swt. sehingga air susu kembali masuk ke dalam puting..." (H.R Tirmidzi)

Pada satu ketika Rasulullah saw. berkhutbah di hadapan para sahabat, beliau bersabda," Seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui sungguh kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis." Kemudian para sahabat menutup wajah mereka dan mereka menangis. (Muttafaq 'Alaihi)

Pada suatu hari Rasulullah saw telah mendengar seorang sahabat Baginda yang sedang membaca al Quran. Apabila sampai ke ayat yang bermaksud:

"Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah seperti kulit yang merah" Surah ar Rahman – 37

Bulu roma si pembaca itu berdiri tegak dan dia menangis tersedu-sedu sambil bertanya:"Aduh, apakah yang akan berlaku pada diriku apabila langit terbelah? Malang sungguh nasibku ini." Rasulullah saw berkata kepadanya:" Tangisanmu telah menyebabkan para malaikat menangis bersama-sama."

Jawapan yang sama telah diberikan oleh Rasulullah saw kepada seorang Ansar yang duduk menangis selepas menunaikan sembahyang Tahajjud.

Abdullah bin Rawahah telah menangis pada suatu hari. Isterinya melihat keadaannya turut menangis bersama-sama, dia bertanya kepada isterinya itu:"Mengapa kamu menangis?" Kata Abdullah:"Apabila aku teringat yang aku terpaksa menyeberangi neraka melalui titian sirat, aku menangis."Aku tidak tahu sama ada aku akan berjaya menyeberanginya atau tidak."

Subhanallah, kehebatan yang terserlah dengan linangan air mata yang membuktikan kekuatan seseorang insan.

Malah di antara tanda-tanda yang menunjukkan seseorang ini keras hatinya ialah apabila dia sukar untuk menangis di hadapan Ilahi.

Bilakah kali terakhir daku menitiskan air mata keranaMu ya Ilahi?

^__*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TQ

Ai, takkan tengok je.:) TQ, friends