tq.... sudi klik ^_*

"Terima Kasih Sudi Jengah Blog Saya"

Tujuan blog ini di tuliskan adalah untuk merekodkan segala kenangan terindah dalam meniti kehidupan harian.... Kisah suka, duka, pahit, manis silih berganti membuatkan saya menjadi seorang yang tabah, cekal dengan semua ujian Allah S.W.T

Sebagai manusia yang tidak sempurna, MAAF di pohon andai tulisan/luahan/bicara saya menyentuh perasaan.

mencari hadiah utk insan tersayang.... klik sini utk surprisekan mereka

teRimA kaSiH kaWan-KawAN ^ __ ^

Salam, Tinggalkan LiNk anda utk sy TerjaH seMuLa ^ __ ^

so sweet ^ __ *

Friday, 18 June 2010

Khutbah Terakhir

Assalamualaikum n hi friends,

just to share... bangun pagi tadi sambil2 gosok tudung buka channel astro aosis rancangan indahnya iman...... tersentuh hati, keinsafan yg melanda, betapa diri ini amat kerdil sekali....

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)





Thursday, 3 June 2010

Anak2 n Thanks Mr Hubby

Assalamualaikum,

entry pertama utk bulan june... al-hamdulliah, syukur rasa kali nie hidup rasa diberkati yerlah selepas di uji dgn macam2 dugaan Allah :)

Saya rasa tenang sesangat, x tau nak digambarkan macammana, amat happy dengan kehidupan sekrg disamping melihat gelagat anak yang makin membesar n kekadang memang menguji kesabaran juga :)

Anak bujang baru habis mid term exam... bila ditanya macamana hakim jawab senang ke susah? jawapannya senang jer ibu, hampir tiap hari itu lah jawapanya.... bila dapat paper tgk keputusan...... no more A..... amat kecewa juga as ibu nie kan... tp nak buat mcmana? SABAR n kena usaha cari inisiatif lain lah... sbg tanda denda no more vacation, PS2 n etc....

selasa yg lepas, hakim tunjuk paper agama dapat 96% :) rasa terubat gak lah sikit, at least dpt gak A... bila2 difikir mungkin hakim lebih kearah keagamaan, memang saya perasan hakim dr kecil susah nak menghafal nursery songs... amat susah nak dengar dia menyanyi.... lately nie, bila pasang lagu2 zikir n selawat, dia melagukan dgn lancar sekali..... kadang2 dia suka bertanya perkara2 yang berkaitan Agama.... Allah itu besar mana ya ibu? ibu kenapa aunty pakai baju macam tu? x malu ker?

kadang2 pertanyaan hakim terkena gak dgn ibu nie :)
yes, saya tgh berusaha menjadi wanita muslimah :)

My Princess Farisya tgh training x pakai drypers, dah pandai g toilet sendiri :) cuma kalau nak tidor still pakai lagi, target kalo bole lah sebelum dia 3 tahun dah stop drypers. insyaAllah boleh gitu... Farisya still berat mulut nk brckp dgn org yg dia x biasa, tp kalo kt rmh... dia lah kecoh sangat... dah bole nyanyi ABC, dah pandai pegang pencil walau tak tau apa yg dicontengnya hehehhee :)


si bongsu, QIERA dah kenal dgn org... alhamdullilah kesihatan dah ok.... kalo x selalu selsema, masuk 1 thn hari tu x nak susu botol coz ulser penuh dlm mulut... now dah bole minum walau x byk... yg nie nak melekat dgn ibu jer huhuhuhu suka sangat bf. dah pandai jeles dgn kakak, satu ragam baru dia ialah tarik rambut kakak... nampak kakak brmanja dgn ibu or ayah, qiera akan dtg n tarik rambut hehehheh :) qiera nie pun rajin masuk dapur, kitaorg sume dok dpn tgk tv, dia akan ke dapur nak menyelongkar macam2 :) qiera, qiera mcm2 ragam :)

inilah kisah anak2 saya :)

kisah suami saya pulak :)
amat berterima kasih coz akhirnya cik abg bawa saya ke pasar malam jalan tar... dah lama saya mengidam nak g pasar sana, first planning saya nak g naik komuter with adik, at last dia antar saya n tolong bawa plastic borongan tudung saya heheheh :) hampir satu jam, saya memilih tudung, sampai peniaga tu cakap, 1st time tgk customer mcm saya hehehhe semua tudung saya try, kira2 hmpir RM200 abis, abis semua duit tunggakan gaji :) tapi saya puas, niat dah terlaksana :) happy sangat :)

lately mood husband nak ubah suai rumah :) i follow jer... minggu lepas dia cat living hall sampai dapur, hubby ajak g ikea n beli sikit barang n we all makan curry puff yg popular di ikea tue... nyum nyum :)
next nak g ikea, nak try makan meat ball pulak :)
semlm pun ada hubby cakap nak beli kerusi.... huhuhuhu ntah mana nak letak pun x tau lah... i follow jer asal suami i happy kan :)

right now "FAMILY IS EVERYTHING"



Saturday, 22 May 2010

UBAT HATI

Assalamualaikum n selamat pagi sabtu :)

baru baca blog kak lyn , sangat respect dgn semangat kak lyn, harap aku setabah dia....

nie sy copy kan k... untuk amalan bersama

renungilah kata-kata Ibnu Qayyim dengan hati yang terbuka :

"Sesungguhnya dalam hati ada satu koyakan yang tidak boleh dijahit melainkan melainkan dengan bertemu Allah. Di hatimu juga ada satu kesunyiaan yang tidak dapat diubati melainkan dengan bersendirian bersama Allah. Di hatimu pun ada kesedihan yang tidak mampu dihapuskan kecuali dengan mengenali Allah, Di hatimu ada kegelisahan yang tidak dapat pergi melainkan kamu pergi kepada Allah, Di hatimu juga ada gelodak api (marah) yang hanya dapat dipadamkan dengan redha kepada Allah."

maknanya nya ubat untuk hati hanyalah satu iaitu mendekatkan diri kepada Allah. Allah yang menguasai hati kita, so tak perlu lah kita cari jalan lain nak sejukkan hati or nak tenangkan hati.

kata Imam Al-Ghazali pula ramuan ketenangan hati boleh dicari di 3 tempat " Carilah hatimu di 3 tempat. pertama saat membaca Al-quran, kedua ketika solat dan ketiga sewaktu mengingati mati. Apabila kamu tidak menemui hatimu di ketiga-tiga tempat itu maka ketahuilah bahawa kamu sebenarnya tidak memiliki hati"

yes, inilah ubat sepatutnya.... harap sy dpt sihat dgn ubat ini... TQ kak lyn atas info yg berguna :)

I

Sanggul Arab

Assalamualaikum n selamat malam....

Agak tak up to date fesyen saya ini.... baru perasan fesyen tudung sanggul arab nie... kalo x silap last week saya ternampak seorg pegawai dari sebuah kementerian memakai style mcm nie...time tu memang dh ter"minat" nak memiliki satu koleksi tudung sanggul arab ini :) masa tu sy as urusetia utk mesyuarat, mula2 ditugaskn di kaunter registration n terima arahan dari Puan Sherry minta masuk dlm mesyuarat sekali membantu jg slide presentation, n Pn Erna kena ambil minit mesyuarat... thanks to my boss coz bg peluang sama dlm mesyuarat tu coz byk perkara saya belajar.... sy dah suka dgn kerja sy sekrg ini :) mcm baru tersedar dari mimpi yang buruk.

opsss suka tersasul saya ini, berbalik dgn fesyen tudung sanggul tu, rupanya2 x bole pakai tudung macam tu... so x yah beli k

Mari kita kongsi hadith dimana Rasullah bersabda :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

yang bermaksud :

Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :

2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.

* Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.

Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bentuk pakaiannya adalah ketat (berpakaian tetapi umpama telanjang) yang menunjukkan bentuk tubuh.

Dinyatakan oleh Rasulullah Saw ikatan rambutnya umpama bonggol unta, iaitu sanggulan rambutnya diikat hingga kelihatan seperti bonggol unta (membulat di atas kepala,jelas kelihatan). Kalau kita tengok pada hari ini bukan setakat seperti bonggol unta, tetapi sudah berbagai-bagai bentuk dengan sangul, ikatan dan toncang.

Malah yang memakai tudung pun masih kelihatan bentuk sanggulan rambutnya yang berada di bawah tudung itu,maka tujuan untuk memakai tudung tidak tercapai. Sewajibnya, tudung itu mestilah sempurna sifatnya yang menudung rambut dan bentuk rambut.

Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bahawa cara berjalanya adalah berlenggang lenggok menggoyangkan pinggulnya. Hari ini bukan sahaja berjalan berlenggang lenggok, malah perempuan hari ini menari menggerakkan semua tubuh bukan sahaja pinggul,semua tubuh!

Dan dinyatakan oleh Rasulullah Saw sebagai balasannya, bahawa perempuan sebegini tidak akan mencium bau syurga. Dan bau syurga itu boleh dicium dalam jarak sebegini dan sebegini (perkataan sebegini dan sebegini itu tidak dinyakan berapa jaraknya, tetapi ianya ingin menunjukkan bahawa bau syurga sudah pun boleh dicium dari jarak jauh)

wallahualam..... just for sharing

p/s: hubby i baru kuar g kejer hmmm kalo dh standby selalu mcm tue kena kejer x tntu masa.... :(









Friday, 21 May 2010

You Body can fit size s to m :)

salam sejahtera....

isnin baru nie, lunch hour lepas hntar baju sekolah hakim terus ke keep slim di presint 15, putrajaya. itu pun sbb terpaksa coz dah terbeli trial dgn bayaran rm29.00.

bg sasaper yg terlebih duit, memang berbaloi g situ coz dia sbg reward buat kita. sesekali kena manjakan diri k. al-maklum kalo dh trial kena gak dengar dia bg consultation.... timbang berat mcm agak trkejut gak coz turun 2kg. Miss tu ckp "you body can fit size S to M"!!! wow mcm x caya jer, dpt pakai size L pun dah cukup hehehheh :) itu nnti dah kurus sgt kan.... berat pun paling ideal 47kg to 50kg jer oooooo sekrg nie dah trlebih sudah huhuhuhu

biasa lah miss tu pun pujuk rayu mcm2 suruh ambil treatment seterusnya. nasib ada pengalaman sebelum nie... so saya dpt tepis pujuk rayu nyer hehheheheh :)

setakat ini utk ari nie.... nnti sambung kemudian nak buat 5S k :)






^__*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TQ

Ai, takkan tengok je.:) TQ, friends