tq.... sudi klik ^_*

"Terima Kasih Sudi Jengah Blog Saya"

Tujuan blog ini di tuliskan adalah untuk merekodkan segala kenangan terindah dalam meniti kehidupan harian.... Kisah suka, duka, pahit, manis silih berganti membuatkan saya menjadi seorang yang tabah, cekal dengan semua ujian Allah S.W.T

Sebagai manusia yang tidak sempurna, MAAF di pohon andai tulisan/luahan/bicara saya menyentuh perasaan.

mencari hadiah utk insan tersayang.... klik sini utk surprisekan mereka

teRimA kaSiH kaWan-KawAN ^ __ ^

Salam, Tinggalkan LiNk anda utk sy TerjaH seMuLa ^ __ ^

so sweet ^ __ *

Tuesday, 11 January 2011

Duhai Roti

salam bismillah...




tgh survey n saving2 nak dapatkan nie.... kupon pun x cukup lagi.... saper2 yg nak sedekah kupon cosway kat saya sila angkat tangan...... hihihihi

kena kumpulkan 70 kupon n tambah duit RM 149... kalo ada byk kupon bole dapat free jer dengan 210 kupon..... kalo yg x kupon pun bole beli jugak dgn guna 5 point + RM269...... harga retail Empress Bread Maker nie RM499.00.

gigih tau saya berusaha nak dapat kan nie..... target paling lewat bulan 5 sy dapatkan....

nak buat roti ala-ala gardenia tue butterscoth.. nak buat pizza.. nak buat roti berinti.. semua roti lah nak buat..... kami semua suka makan roti... apa saja roti lah.... dulu ada roti yg sedap sangat.. di jual masa jualan kat ofis nie, tp sekrg dah kureng sedap.... kalo dapat buat sndiri dari air tangan sy lagi best..... huhuhhuhu

x sabar nak dapatkan bread maker nie..... nak adun sendiri x berani, takut x menjadi :(


Sunday, 9 January 2011

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say

salam bismillah,

lama dh x share email kan.... heheheheh al maklum sekarang dh canggih ada fb... apa2 share di fb... bg sy kalo kat blog lg bagus... bila2 masa kita boleh review semula

yg tertarik mengenai email nie ialah motivasi diri.... n ini adalah satu harapan utk perbaiki diri sy.... makna tersurat n tersirat yg amat mendalam..... tp itulah kebenarannya..... InsyAllah sy akan usaha perbaiki semoga apa yg dilakukan diberkati oleh Allah S.W.T. amin ya rabbal alamin :)

ok..... Mulakan hr esok dgn ceria sekali

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say :

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena "

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah...."

Jadi renungkan lah.....

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa,
hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada
KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya
'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam,selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA ,
maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia..
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja,
tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ...
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki...
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih...

Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."



Thursday, 6 January 2011

Emosi sy ketika ini






Tamat Sudah Contest Deqlis... Hope ada chance hehhehehe

salam bismillah, nak join contest nie anjuran deqlis semenjak 2 menjak baru nk belajar join contest by otai2 blogger nie :) n setakat hr nie belum ada rezeki lagi nak menang

Nama Percutian : Pertama Kali Naik Air Asia ke Bandung, Indonesia

sebab inilah pertama kali saya naik AA pergi melancong aka honeymoon BERDUA dengan en hubby :) anak2 tiga org tu ditinggalkan bersama atuk n nenek di damansara :(
before nie mana ibu n ayah ada, di situlah anak2 kami ada sama

Booking tiket 8 bulan dan awal Februari 2010 kami terbang ke sana selama 4 hari 3 malam

Beri rating 1-5 hendaklah kepada perkara2 di bawah -

(5 untuk yg paling tinggi markah/best/baik/senang/paling ok)

Hotel / Tempat Menginap : 4


Makanan :4


Kemudahan : 4


Kebersihan : 4


Extra Info : Bandung memang tempat shopping yg best sangat.... semua benda nk di belinya hehhehe tp bila pergi sana kita akan rasa bersyukur, insaf di lahirkan n menjadi warga negara malaysia kerana kt sana masyarakat susah.... yg kaya memang kaya, yg susah pun ramai sgt... jurang perbezaan yg ketara..... sebuah banglo di tengah2 n kelilingnya adalah rumah setinggan... kesian sgt2... anak2 kecil meminta sedekah di jalanan :(
nie sy share sikit gambar di sana

@ LCCT, before berlepas ke Bandung, Indonesia
nie lah hotel yg sy duduk hotel cemerlang klik for detail
1st time smpai Bandung so wajib dtg sini before g shopping kt Pasar Baru :)
nie antara yg kami makan di Bandung, masakan padang... sedap :)
@ restoran sederhana, sedap n hrga yg berbaloi :)

nie lah antara borongan sy yg x seberapa n sy fail paper ke Bandung teringin nak repeat semula paper nie.... tunggu kewangan stabil baru boleh repeat :)
jom kawan2 kita start saving dr sekarang yer 1,2, n goooo


Tuesday, 4 January 2011

Dalam Kenangan 2010

salam bismillah,

yes dah 2011.. dah meningkat umur... ta ta 2010... ops nak review 2010 bole x? 2010 byk family aktiviti :) yg dirancang n tanpa di rancang berjalan dgn baik sekali... n di sebalik kegembiraan ada gak kesedihannya....

January 2010...
Anak bujang Farhan Hakimi baru masuk darjah 1....

February 2010...
Percutian yg di rancang hampir setahun akhirnya terlaksana... yes, akhirnya sy sampai ke Bandung, Indonesia selama 4hari 3mlm. TQ to hubby kerana merealisasikan impian sy ini :) February juga ulangtahun pekahwinan kami... di nikahkan pada 28 February 2003. dan pada 28 nie lah perginya rakan @ kakak @ mak { Puan Hasyimah Yahya} ntah x tau mcmana nk digambarkan perasaan... yes. memang rapat dgn arwah... dia pendengar yg setia... saat perit sakit mengandungkan anak ke 3 arwah lah tempat sy luah perasaan... apa sajer hal arwah byk bagi nasihat.... Semoga arwah di tempatkan di kalangan org2 yg beriman.... amin

Mac 2010
Percutian cuti sekolah tanpa di rancang kami ke comeron highlands 3h 2mlm... dpt menikmati view yg cantik, indah ciptaan Ilahi... and di sinilah bermula segalanya titik permulaan hmmmmm...... on the way balik turun tapah, kami mengalami saat getir... Syukur umur masih panjang... Allah masih sayang kami sekeluarga.... Terima Kasih di atas umur yang diberi.... Aminnnn

April 2010
anak bongsu genap setahun pd bulan nie bongsu ker hihihihii x celebrate... just prepare goodies n bg kt kawan2 dekat taska

Mei 2010
tahun ke 2 sy dapat pergi perhimpunan hari pekerja peringkat kebangsaan :)
TQ to hubby coz jaga anak2

Jun 2010
Jalan2 di Kolam Air Panas Sungkai, Perak

Julai 2010
Time nie dua princess kena chicken pox... kesian... Dugaan kecil dari Nya
sesekali di duga juga supaya kita sentiasa beringat pada Nya

Ogos 2010
Bulan Ramadhan....

September 2010
Celebrate birthday Farisya di Restoran Baser, Puchong. n beraya di kg hubby balik ke Selatan Transit ke Puchong pas tu beraya ke Utara.... cuti raya 2010 selama 12 hari :)

October 2010
Kehidupan seperti biasa.... sebagai isteri, ibu, anak, kawan, pekerja... pahit manis silih berganti itu yg mematangkan diri :) ops lupa celebrate birthday hubby di MAEPS makan stemboat.... sedap, byk n harga berbaloi nyummmmmmmm

November 2010
x story yg menarik... kehidupan seperti biasa... sambutan hr raya haji di Kg di Kota Damansara hihihihi then antar anak bujang balik Muor sempena cuti sekolah n temankan atuk sekali.... Birthday Hakim

Disember 2010
Birthday saya :) Percutian cuti sekolah... kali nie memang dh rancang cuti kami ke rompin... cuti pusing2 sambil lawat sedara di Kuantan... sambil cuti buat preparation brg anak ke sekolah....

itu jer lah kenangan 2010.... so 2011 sy nak jadi yg lebih baik dr tahun lepas...

^__*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TQ

Ai, takkan tengok je.:) TQ, friends