hari nie last episod citer Ramadhan Terakhir, sedih cerita nie.... episod semlm menitis gak air mata :(
kisah kehidupan yang penuh pengajaran.........
sinopsis:
Hashim merupakan seorang usahawan berjaya yang hidup mewah bersama isterinya, Mazni serta anak-anaknya Daniel dan Anna. Kehidupannya dahulu yang hanya mengejar kemewahan dan nikmat dunia mula berubah setelah dia disahkan menghidap penyakit kanser tahap kritikal. Kesal dengan dosa dan perangai buruknya selama ini, Hashim mula menjalankan ibadah sebagai umat Islam dan merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan keluarganya.
Apabila beliau cuba menasihati ahli keluarganya supaya bertaubat dan mengikuti jejaknya untuk membuka pintu hati kepada Allah, tiada siapa mengendahkan nasihatnya. Hashim berusaha menjejaki Khadijah, isteri pertama yang telah ditinggalkannya. Malangnya Khadijah telah meninggal dunia dan anak-anaknya kini hidup dalam kemiskinan.
Kehadiran seorang gadis solehah, Sakinah sebagai pembantu rumah keluarga Hashim memberi harapan kepadanya supaya Sakinah dapat memberikan contoh yang baik dan membimbing Mazni dan anak-anaknya ke jalan yang benar. Identiti sebenar Sakinah akan memberi kejutan kepada Hashim dan ahli keluarganya.
Apakah Hashim mampu merealisasikan impiannya untuk melihat ahli keluarganya berubah sebelum ajalnya? Sama-sama kita menonton drama lakonan Esma Daniel, Fazlina Dato Ahmad Daud, Tasha Shilla, Aeril Zafril dan Eyka Farhana pada setiap Selasa hingga Khamis, jam 10.30malam mulai 26 Julai 2011.
No comments:
Post a Comment